+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Pengajaran

Kriteria Penerima Anugerah Pengajaran

 

Pengenalan

  1. Anugerah Pengajaran (dahulunya dikenali Anugerah Pengajar Terbaik) bertujuan untuk menghargai dan mengiktiraf staf akademik yang telah mencapai kecemerlangan dalam pengajaran di UTM. Anugerah ini diberikan kepada dua orang staf akademik yang telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran pada setiap tahun.
  2.  Kategori yang dipertandingkan ialah :
    1. Kategori Kejuruteraan
    2. Kategori Bukan Kejuruteraan

 

Tujuan Anugerah

  1. Menggalakkan dan memupuk inovasi dalam pengajaran di UTM.
  2. Meningkatkan suasana pembelajaran bagi pelajar melalui pembangunan amalan pengajaran berkualiti.
  3. Meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan melalui aktiviti berkumpulan, pembelajaran aktif dan hubungan pelajar-pensyarah yang positif.

 

Hadiah

  1. Penerima anugerah setiap kategori akan menerima wang tunai berjumlah RM 3,000.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ribu Sahaja).

 

Kelayakan Calon

  1. Profesor, Profesor Madya, Pensyarah Kanan dan Pensyarah yang berkhidmat secara tetap di UTM dan mencapai min skor Penilaian Pengajaran Pensyarah (PPP) melebihi 4.0 ke atas untuk TIGA (3) semester terakhir adalah layak dicalonkan.
  2. Mereka yang telah menerima Anugerah Pengajaran tidak boleh di calonkan semula dalam jangkamasa lima tahun.

 

Apakah Kriteria Pemilihan

  1. Anugerah ini diberikan berasaskan kriteria yang menunjukkan penglibatan lestari dalam kualiti pengajaran seperti di bawah. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti kecemerlangan dalam kesemua kriteria di bawah.
    1. Ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah Pengajaran dan Pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon.
      1. Penyataan falsafah pengajaran yang tidak melebihi satu (1) muka surat.
      2. Penyataan inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran.
      3. Maklumat mengenai kursus yang diajar.
        • Senarai kursus yang pernah diajar.
        • Rangka kursus dan bilangan pelajar.
        • Contoh bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran (seperti nota, modul pengajaran, bahan pembelajaran digital, CD, bahan bantu mengajar, blog, e-learning dan lain-lain.
    2. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah Pengajaran dan Pembelajaran. Sertakan bukti inovasi dan kreativiti yang dilaksanakan dalam pengajaran seperti berikut:
      1. Penyataan dan bukti bagaimana inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran digunakan.
      2. Kesan inovasi dan kreativiti pengajaran dan pembelajaran terhadap pelajar, rakan sejawat dan masyarakat (contohnya ; maklum balas borang soal selidik dan surat sanjungan daripada pelajar/rakan sejawat/masyarakat).
      3. Kaedah merangsang dan memupuk pemikiran aras tinggi.
    3. Keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran.
      1. Sertakan bukti keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran seperti berikut :
        • Keputusan pencapaian pelajar.
        • Hasil penilaian kursus (e-PPP).
        • Sampel hasil kerja pelajar.
        • Testimonial/surat sanjungan pelajar, rakan sejawat dan masyarakat.
    4. Bahan bukti inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran.
    5. Bukti usaha penambahbaikan Pengajaran dan Pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan.
    6. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam Pengajaran dan Pembelajaran melalui seminar dan penerbitan.
    7. Aktiviti bimbingan dan penyeliaan.
      1. Penyataan kaedah bimbingan dan penyeliaan yang digunakan.
      2. Tahap pengajian pelajar yang dibimbing/diselia (sertakan senarai nama pelajar).
      3. Penjelasan kualiti projek yang terhasil daripada bimbingan/penyelia.

 

Pemarkahan

  1. Jadual di bawah menunjukkan permarkahan mengikut kriteria bagi sesi temubual calon-calon yang telah diperakukan.
    • Bil Garis Panduan & Kriteria Markah
      1. Ilmu pengetahuan tentang teori dan falsafah pengajaran dan pembelajaran yang menggambarkan kesarjanaan calon 20
      2. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran 20
      3. Keberkesanan pengajaran terhadap meningkatkan kualiti pembelajaran 20
      4. Inovasi dan kreativiti dalam kaedah penilaian pembelajaran 10
      5. Usaha penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran melalui amalan reflektif dan penyelidikan 10
      6. Perkongsian ilmu dan pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran melalui seminar penerbitan 10
      7. Aktiviti bimbingan dan penyeliaan 10
      Jumlah 100

Kaedah Pencalonan

  1. Setiap pencalonan mesti menggunakan borang yang disediakan dan mengandungi alasan-alasan yang menyokong calon daripada sekurang-kurangnya seorang penyokong.
  2. Pencalonan boleh diterima daripada mana-mana yang di bawah:
    1. Pelajar tahun/semester akhir
    2. Jabatan/Fakulti
    3. Staf akademik
    4. Staf sokongan teknikal
  3. Pencalonan diri sendiri hendaklah melalui sokongan fakulti.
  4. Pengalaman mengajar hendaklah tidak kurang daripada 10 tahun (Tahun Cuti Belajar dan Cuti Sabatikal tidak diambil kira).
  5. Tarikh tutup pencalonan akan ditetapkan oleh CTL.

 

Pemilihan Penerima Anugerah

  1. Penerima anugerah akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilih.  Calon-calon yang telah disenarai pendek akan ditemubual oleh Jawatankuasa Pemilih dan seterusnya dikehendaki mengendalikan satu sesi kuliah (teaching observation) yang diperhatikan oleh Jawatankuasa Pemilih. Penerima anugerah akan menerima anugerah dalam Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penghargaan UTM Citra Karisma.  Keahlian Jawatankuasa ini ialah:-
  • Pengerusi

    Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa

    Ahli Jawatankuasa Pengarah (Ketua Panel Pemilih)

    Timbalan Pengarah I

    Timbalan Pengarah II

    Pusat Pengajaran dan Pembelajaran (CTL); &

    Sekurang-kurangnya 2 orang lantikan Pengerusi Jawatankuasa Pemilih