Kriteria Penerima Anugerah
Pengenalan
Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang.
Nilai Hadiah
Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah kekal seperti berikut:
- Wang tunai berjumlah RM2000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)
- Plak / Trofi
- Sijil
Pencalonan
- Terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik mahasiswa sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohot mahasiswa,
- Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan (Borang UTM-UGS-APAT 2011/01),
- Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 surat sokongan iaitu daripada mahasiswa dan Ketua Jabatan atau Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha cemerlang dalam memberi penasihatan. Maklumat-maklumat lain yang boleh dimasukkan adalah seperti yang tertera dalam perkara 4.0.
Kriteria Pencalonan
Jawatankuasa Pemilih Anugerah akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang.
- Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti penasihatan
- Kemahiran interpersonal yang berkesan
- Mudah dihubungi mahasiswa
- Sering berhubung dengan mahasiswa
- Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
- Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa dari segi akademik
- Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
- Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa.
*Dokumen dan bahan bukti harus disertakan bagi menyokong maklumat di atas.
Kriteria Pemarkahan
Pembahagian markah bagi menentukan pemenang anugerah ini ialah seperti berikut:
- Pengetahuan (30%)
- Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan (10%)
- Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti (10%)
- Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa (10%)
- Kemahiran (30%)
- Kemahiran interpersonal yang berkesan (15%)
- Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa dari segi akademik (15%)
- Sikap (40%)
- Menunjukkan kesungguhan dalam aktiviti penasihatan (15%)
- Mudah dihubungi mahasiswa (15%)
- Sering berhubung dengan mahasiswa (10%)
Panel Penilai
Panel penilai Anugerah Penasihat Akademik Terbaik adalah terdiri daripada:
i. | Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris Dekan Pengajian Prasiswazah |
– | Pengerusi |
ii. | Prof. Dr. Shahrin bin Mohammad Fakulti Kejuruteraan Awam |
– | Ahli |
iii. | Prof. Dr. Husin bin Wagiran Fakulti Sains |
– | Ahli |
iv. | Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah Pemenang APAT Tahun 2008 |
– | Ahli |
v. | Pn. Safriza binti Sabjah Penolong Pendaftar Kanan UGS |
– | Urusetia |
Pencalonan daripada fakulti mesti disertai dengan dokumen berikut:
- Borang pencalonan (borang UTM-UGS-APAT 2011/01),
- Borang penilaian (borang UTM-UGS-APAT 2011/02) oleh sekurang-kurangnya 3 orang mahasiswa,
- 2 surat sokongan
- CV calon
- Write up 1 muka surat calon
- Gambar calon bersaiz passport; dan
- Dokumen dan bahan bukti berkaitan Penasihatan Akademik