+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Anugerah Sukan

Kriteria Penerima Anugerah Sukan

 

Pengenalan

  • Tujuan anugerah ini diwujudkan adalah untuk menghantar mesej kepada masyarakat kampus dan luar kampus bahawa universiti juga memberikan tumpuan terhadap aktiviti sukan dan rekreasi. Ia diharap dapat memangkinkan aktiviti sukan di peringkat universiti dengan menobatkan atlit-atlit universiti. Ia juga sebagai usaha menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh atlit-atlit universiti yang telah mengharumkan nama universiti.  Melalui pengiktirafan ini juga diharap akan dapat merangsang ke arah penjagaan kesihatan dan kecergasan melalui aktiviti sukan.

 

Kategori Anugerah Sukan UTM

Atlit Terbaik Lelaki & Wanita

    • Usaha merakamkan penghargaan Universiti kepada orang perseorangan kerana jasa, perkhidmatan, dorongan kepimpinan kearah kemajuan sukan yang mencapai kejayaan cemerlang dalam arena sukan peringkat kebangsaan dan Antarabangsa. Anugerah ini dikurniakan kepada Atlit Terbaik Lelaki dan Wanita yang mencapai kejayaan kejayaan yang cemerlang dalam arena sukan bagi tahun yang berkenaan  (1 Januari hingga 31 Disember), yang dengan itu mengharumkan nama Universiti, Negeri dan Negara.;jg;

Kriteria Pemilihan

    • Menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pertandingan peringkat Universiti, Negeri, Kebangsaan atau Antarabangsa bagi tahun yang berkenaan dan mempunyai sifat-sifat kecemerlangan dalam sukan seperti disiplin, dedikasi, kewibawaan dan peribadi yang boleh dicontohi.
    • Menduduki ‘ranking’ yang tinggi di peringkat Universiti atau Kebangsaan bagi tahun yang berkenaan.
    • Mewakili / menyertai pertandingan dalam negeri bagi tahun yang berkenaan.

Kepimpinan Sukan

    • Penghargaan diberikan kepada individu yang bergiat aktif dalam sukan yang diceburi sebagai individu yang dapat menyumbangkan tenaga untuk menaikkan mutu sukan berkenaan dan mengharumkan nama Universiti, Negeri dan Negara.
    • Anugerah ini hanya sekali dalam perkhidmatan.

 

Urusetia

  • Unit Sukan

 

Pemarkahan

Peringkat Perwakilan

Mewakili Negara 10 Markah
Mewakili Negeri 8 Markah
Mewakili Universiti 6 Markah
Mewakili Daerah 4 Markah
Mewakili Fakulti 2 Markah

 

Pencapaian

Jadual 2 – Markah Pencapaian Mengikut Peringkat & Kedudukan

Peringkat/ Kedudukan Antarabangsa Kebangsaan Universiti Negeri
Johan/ Pertama/ Emas 50 20 20 10
Naib Johan/ Kedua/ Perak 40 15 15 8
Ketiga/ Gangsa/ Separuh Akhir 30 10 10 6
Keempat 25 5 5 2

 

Personaliti

Disiplin 5 Markah
Dedikasi 5 Markah
Semangat Berpasukan 5 Markah
Memajukan Diri 5 Markah
Kepimpinan 5 Markah
Bermaklumat 5 Markah
Inovatif 5 Markah

 

Nilai Hadiah

 

Anugerah Atlit Terbaik Lelaki & Wanita

RM 1000.00, Trofi(RM 250.00) dan Sijil – Keseluruhan RM 2500.00

 

Anugerah Kepimpinan Sukan

RM 2500.00, Trofi (RM250.00) dan Sijil – Keseluruhan RM 2750.00