Y.Bhg.Prof./Dr./Tuan/Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa selaku urusetia Anugerah Teknologi Maklumat 2017 (Citra Karisma), Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT) menjemput YBhg.Prof./Dr./Saudara untuk menghantar pencalonan bagi anugerah tersebut berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan Borang Pencalonan dan Kriteria bagi Anugerah Teknologi Maklumat 2017 seperti di Lampiran.
Borang Pencalonan perlu dihantar bersama dokumen lengkap 5 salinan Hardcopy dan 1 salinan Softcopy dalam format pembentangan Power Point hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya sebelum atau pada 29 Mac 2018 (Khamis) kepada:
Urusetia
Anugerah Teknologi Maklumat (ATM)
Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru
(u.p: Puan Sabrena binti Omar)
No. Tel : 07- 553 2043
Emel : cict-bpk@utm.my