Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah bersetuju melaksanakan Sistem Pengumpulan mata MyCPD Pengurusan Profesional dan Pelaksanana (PPP) di Universiti Teknologi Malaysia.
2. Pembangunan Profesional Berterusan atau Continuous Professional Development (CPD) merupakan proses pembelajaran sepanjang hayat untuk membangun dan meningkatkan kompetensi dan bakat staf. Melalui kaedah ini, staf PPP bukan sahaja digalakkan mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran profesional, malah nilai dan amalan profesional melalui budaya pembelajaran berterusan turut ditekankan. Selain itu, ia juga memberi pengiktirafan kepada staf PPP yang memberi sumbangan dan menaikkan imej Universiti.
3. Sejajar dengan itu, MyCPD PPP UTM diwujudkan bertujuan untuk mengumpul data kursus staf melalui pengumpulan mata bagi menggantikan kaedah pengiraan kehadiran tujuh (7) hari latihan atau bersamaan 42 jam setahun. Jumlah mata minimum MyCPD PPP UTM adalah 42 mata setahun. Pelaksanaan sistem pengumpulan mata MyCPD PPP UTM berkuat kuasa pada tahun 2015. Sebanyak lima (5) peratus daripada jumlah mata MyCPD yang dikumpul oleh staf PPP akan diambil kira untuk Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (e-LNPT) bermula tahun 2016.
4. MyCPD PPP UTM adalah untuk staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana yang berstatus tetap dan kontrak (lantikan UTM) sahaja. Sehubungan itu, semua staf Kumpulan Pengurusan Profesional dan Pelaksana diminta mengambil perhatian dan tindakan sewajarnya.
Sekian, dimaklumkan. Teirma kasih.
Pautan : Pekeliling Pentadbiran Bil. 28/2015