+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Persaraan Pilihan

Persaraan Pilihan adalah di bawah Seksyen 12 Akta 227/239. Seseorang staf boleh memohon bersara pilihan apabila telah layak mengikut syarat seperti berikut:

  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Telah diluluskan Pemberian Taraf Berpencen
  • Berumur 40 tahun dan ke atas
  • Mempunyai tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun yang boleh dimasukkira
  • Permohonan persaraan pilihan disokong oleh Ketua Jabatan dan dikemukakan 3 bulan dari tarikh diperakukan untuk bersara oleh jabatan
  • Perlu mengemukakan laporan tapisan keutuhan Badan Pencegah Rasuah (bagi Gred 29 dan ke atas sahaja)

Staf boleh menerima faedah persaraan berdasarkan tarikh lantikan seperti berikut:

Tarikh Lantikan Sebelum 12 April 1991 Pada dan selepas 12 April 1991
Ganjaran Pada tarikh persaraan Pada tarikh persaraan
Wang Gantian Cuti Rehat Pada tarikh persaraan

Pada tarikh persaraan

Pencen Bulanan

Apabila mencapai umur 45 tahun bagi semua pegawai perempuan dan bagi pegawai lelaki di jawatan:

  • pegawai perkhidmatan Bomba berpangkat rendah
  • Pegawai Polis berpangkat rendah
  • pegawai Penjara Berpangkat rendah
  • Jururawat lelaki di Hospital mental

Apabila mencapai umur 50 tahun bagi pegawai lelaki selain yang dinyatakan di atas

Apabila mencapai umur 55 tahun bagi pegawai lelaki dan perempuan

Pengiraan faedah persaraan adalah berdasarkan:

Faedah Persaraan Formula Pengiraan
Pencen

1/600 X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima

Tertakluk kepada pencen maksimum sebanyak 3/5 dari gaji akhir diterima 

Ganjaran 7.5% X Jumlah genap bulan perkhidmatan yang dimasukira X Gaji akhir yang diterima

 

Berikut adalah maklumat yang perlu dilengkapkan bagi tujuan penghantaran dokumen permohonan persaraan pilihan (bagi a – e, borang boleh dicetak melalui sistem HRMIS yang telah diisi).

Muat turun:

Senarai Semak Persaraan Pilihan

 

Bil. Borang dan Dokumen
a. Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara
b. Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan
c. Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang/ Tidak Berhutang
d. Borang JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 ( jika berkenaan )
e. Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota ( jika berkenaan )
f. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
g. Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
h. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri
i.

Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat

j. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank

INFO RINGKAS SKIM PENCEN SEKTOR AWAM

1. Adakah pencen boleh difaraidkan / diwasiatkan?

Tidak – pencen tidak boleh diwasiatkan atau difaraidkan kerana ia bukan harta pusaka.
(Punca kuasa – Seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227) dan Muzakarah JawatanKuasa Fatwa Kali ke-21 (12 September 1988))

2. Adakah faedah persaraan boleh dicukaikan?

Ganjaran – tidak dicukaikan
GCR – tidak dicukaikan
Pencen – Diterima mulai usia 55 tahun tidak dicukaikan, sebelum umur 55 tahun boleh dicukaikan
(Punca Kuasa – Seksyen 127, Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53) dan Jadual 6 Akta 53)

3. Apa yang boleh dipotong dari faedah persaraan?

Hutang-hutang kerajaan, tuntutan nafkah atas perintah mahkamah dan potongan insolvensi bagi kes kebangkrapan.
(Punca kuasa – seksyen 19, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

4. Pesara atau penerima pencen dipenjarakan, adakah pencen dihentikan?

Tidak – penerima pencen tidak layak menerima pencen sehinggalah mendapat pengampunan. Walau bagaimanapun, Elaun Tanggungan boleh dipertimbangkan kepada tanggungan yang layak.
(Punca kuasa – Seksyen 21 Akta Pencen 1980 (Akta 227))

5. Ada bezakah antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan?

Ya – Terdapat beza di antara pesara Persekutuan dengan pesara Badan Berkanun / Kuasa Tempatan. Ia termasuklah tanggungan GCR dan faedah perbuatan (faedah GCR dan perubatan bagi Badan Berkanun / Kuasa Tempatan ditanggung oleh Badan Berkanun / Kuasa Tempatan itu sendiri)

6. Pesara berkahwin dalam persaraan, adakah pasangan layak terima pencen terbitan?

Ya – tetapi hanya setakat baki tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara sahaja. Setelah tamat tempoh 20 tahun dari tarikh persaraan pesara, pasangan dikahwini dalam persaaan termasuklah anak hasil perkahwinan tersebut hilang kelayakan menerima pencen terbitan.
(Punca Kuasa – Seksyen 15 , Akta Pencen 1980 (Akta 227))

7. Adakah anak layak terima pencen terbitan?

Ya – bagi anak di bawah 21 tahun ketika kematian pesara, layak terima sehingga 21 tahun dan boleh dilanjutkan sekiranya melanjutkan pengajian sehingga menuju ke arah ijazah pertama. Anak yang sudah mencapai 21 tahun semasa kematian pegawai/pesara tidak layak, kecuali anak cacat [OKU otak, anggota atau mental (teruk)]
(Punca kuasa – Seksyen 16, Akta Pencen 1980 (Akta 227))

8. Jika suami iaitu pesara, meninggal dunia, isterinya akan menerima pencen terbitan. Bagaimana jika kemudian isterinya itu berkahwin dengan suami baharu, adakah pencen terbitannya masih terus diberikan?

Ya, pencen terbitan dibayar kepada pasangan sepanjang hayat pasangan (balu/duda) dengan syarat, perkahwinan mereka dahulu berlaku semasa pegawai masih sedang berkhidmat. Walau bagaimanapun, pasangan pesara itu sudah tidak layak lagi menikmati kemudahan perubatan atas kapasiti pasangan pesara, kecuali suami baharunya itu juga merupakan pegawai awam atau pesara.

9. Adakah benar terdapat anggota/pesara yang menerima pencen penuh iaitu kadar pencennya sama seperti gajinya yang terakhir sebelum bersara?

Tidak benar sama sekali. Semua anggota berpencen hanya layak menerima pencen maksimum sebanyak 60% daripada gaji akhirnya sahaja.

10. Dengan cerita tiada lagi kenaikan pencen selepas PRU14, betul kah?

Tidak mungkin berlaku. Kenaikan pencen sebanyak sebanyak 2% telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dan masih diteruskan pada tahun 2019 dan tahun-tahun mendatang.

Ada apa-apa soalan lain, boleh komen di bawah ini atau PM admin. Insya Allah kami akan cuba jawab persoalan anda dan kongsikan apa yang baik untuk kebaikan semua, tanpa mengira bangsa, agama, warna mahupun fahaman politik.

Untuk pertanyaan lanjut juga, boleh hubungi 03-8887 8777 atau emailkan kepada mypesara@kwap.gov.my

Sumber: Bahagian Pencen JPA

Pemberitahuan Pekerja Bersara ke LHDN

  1. Jabatan bertanggungjawab memaklumkan kepada HASiL dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja sekiranya pekerja akan bersara.
  2. Borang pemakluman pemberhentian pekerja bagi pekerja kerajaan adalah CP22B.

 

Pemberitahuan Persaraan kepada LPPSA

Berkuat kuasa 1 Januari 2023, LPPSA telah melaksanakan pengintegrasian sistem Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang memudahkan pengeluaran arahan potongan pencen (APP) bagi bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA kepada pelanggan melalui perkongsian data persaraan daripada KWAP.

Sehubungan itu, penggunaan Borang Lampiran C pemberitahuan bagi persaraan kepada LPPSA oleh pesara JPA/KWAP dimansuhkan mulai 1 Mei 2023.

 

PENGHANTARAN DOKUMEN PERSARAAN KE KWAP

Persaraan Pilihan Di bawah Seksyen 12 Akta 227/239 (Penghantaran dokumen persaraan ke KWAP dalam tempoh 4 hingga 6 bulan)

  • Urusan Persaraan dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS
  • Maklumat Persaraan Untuk Integrasi
  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara
  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan
  • Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02- Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (bagi pegawai perkhidmatan awam sahaja)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  • Surat permohonan persaraan pilihan oleh daripada pegawai anggota (bagi pegawai perkhidmatan awam Persekutuan atau pekerja Pihak Berkuasa Berkanun atau Tempatan sahaja)
  • Surat kelulusan persaraan pilihan (bagi pegawai perkhidmatan awam Negeri sahaja)
  • Salinan Kad Pengenalan Bakal Pesara dan Tanggungan
  • Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
  • Salinan Sijil Kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank
  • Salinan Surat Kelulusan Perisytiharan Harta
  • Surat Tapisan Keutuhan SPRM/ Tatatertib
(Dilawati 41,054 kali, 11 lawatan hari ini)