+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Persaraan Paksa

 Persaraan Paksa Dibawah Seksyen 10 Akta 227/239

Pegawai/pekerja berpencen dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam sekiranya

 Mencapai umur 55/56/58/60 tahun [Seksyen 10(1)]

  • Ini ialah persaraan wajib kerana cukup umur bersara. Bagi mereka yang dilantik sebelum 1.10.2001 telah diberi opsyen melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 3 Tahun 2001 untuk  memilih bersara wajib  pada umur 55 atau 56 tahun.
  • Namun begitu bagi pegawai/pekerja berpencen yang sedang menghadapi suatu perbicaraan jenayah atau tindakan tatatertib yang mungkin berkeputusan dengan ia disabitkan atau dibuang kerja belum lagi selesai, mereka tidak dibenarkan bersara dengan perkhidmatannya di lanjut dan disifatkan sebagai cuti tanpa gaji sehingga keputusan kesnya diperolehi.
     

 Tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit [Seksyen 10(5)(a)]

  • pegawai/pekerja berpencen yang didapati tidak berupaya menjalankan kewajipan jawatannya kerana kelemahan akal dan tubuh yang kekal hendaklah dihadapkan ke Lembaga Perubatan dan berasaskan perakuan lembaga tersebut dikemukakan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Setiausaha Kerajaan Negeri untuk dibersarakan seperti yang digariskan oleh Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1995. Faedah persaraan termasuk pencen yang tidak kurang daripada satu perlima daripada gaji akhir yang diterima layak diberi kepada mereka pada tarikh persaraan.

 Jawatan yang mereka sandang dihapuskan [Seksyen 10(5)(b)]

  • Sekiranya jawatan yang disandang oleh pegawai/pekerja berpencen dimansuhkan, maka penyandangnya hendaklah dibersarakan.

 Penyusunan semula organisasi [Seksyen 10(5)(c)]

  • Penyusunan semula organisasi boleh menyebabkan sejumlah jawatan yang diluluskan kepada agensi awam tersebut tidak diperlukan lagi. Jika ini berlaku pegawai/pekerja berpencen yang terlibat hendaklah dibersarakan.
     

 Pekerjaan pegawai/pekerja telah ditamatkan demi kepentingan awam [Seksyen 10(5)(d)]

  • Pegawai/pekerja berpencen yang diketahui oleh ketua jabatan berkelakuan menjejaskan kepentingan awam tetapi tiada tindakan disiplin yang berkesudahan dengan buang kerja ke atas mereka hendaklah dibersarakan. Faedah persaraan kepada mereka akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen dengan satu kadar yang disusutkan.
  • Faedah Persaraan Kerana Pekerjaan Anggota Telah Ditamatkan Demi Kepentingan Awam
  • Borang dan Dokumen Urusan Persaraan Kerana Pekerjaan Anggota Telah Ditamatkan Demi Kepentingan Awam

 Memperoleh kewarganegaraan asing [Seksyen 10(5)(e)]

  • Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 16.5.1986 hendaklah dibersarakan sekiranya memperoleh kewarganegaraan asing (selain daripada perkahwinan) atau menggunakan hak-hak kewarganegaraan asing atau telah mengisytiharkan taat setia kepada negara lain selain dari Malaysia atau telah dilucutkan kewarganegaraan Malaysianya. Mereka tidak layak diberi sebarang faedah persaraan.
     

 Memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikan anggota ke dalam perkhidmatan Awam [Seksyen 10(5)(f)]

  • Pegawai/pekerja berpencen yang dilantik pada atau selepas 12.4.1991 hendaklah dibersarakan jika terbukti mereka memberi maklumat palsu bagi maksud pelantikannya ke dalam perkhidmatan awam dengan syarat mereka telah peluang yang munasabah untuk membuat representasi bagi kesnya.
Bil.   Borang dan Dokumen
a.  Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara
b. Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan
c. Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akaun Berhutang/ Tidak Berhutang
d. Borang JPA.BP.UMUM.B02 – Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (jika berkenaan)
e. Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai Anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan)
f. Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
g. Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
h. Salinan Kad Pengenalan anggota dan suami / isteri
i. Salinan Sijil Kelahiran anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
j. Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombot akaun bank

 

Pemberitahuan Pekerja Bersara ke LHDN

  1. Jabatan bertanggungjawab memaklumkan kepada HASiL dalam tempoh tiga puluh (30) hari sebelum tarikh pemberhentian pekerja sekiranya pekerja akan bersara.
  2. Borang pemakluman pemberhentian pekerja bagi pekerja kerajaan adalah CP22B.

 

Pemberitahuan Persaraan kepada LPPSA

Berkuat kuasa 1 Januari 2023, LPPSA telah melaksanakan pengintegrasian sistem Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) yang memudahkan pengeluaran arahan potongan pencen (APP) bagi bayaran balik pembiayaan perumahan LPPSA kepada pelanggan melalui perkongsian data persaraan daripada KWAP.

Sehubungan itu, penggunaan Borang Lampiran C pemberitahuan bagi persaraan kepada LPPSA oleh pesara JPA/KWAP dimansuhkan mulai 1 Mei 2023.

 

PENGHANTARAN DOKUMEN PERSARAAN KE KWAP

Bersara wajib kerana mencapai umur 55 atau 56 tahun [Seksyen 10(1)] (Penghantaran dokumen persaraan ke KWAP dalam tempoh 4 hingga 6 bulan)

  • Urusan Persaraan dan Pencen Melalui Aplikasi HRMIS
  • Maklumat Persaraan Untuk Integrasi
  • Borang JPA.BP.SPPP.B01a – Maklumat Pesara
  • Borang JPA.BP.SPPP.B03 – Maklumat Tanggungan
  • Borang JPA.BP.SPPP.B04 – Notis Pelepasan / Pengasingan Caruman Kerajaan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Untuk Tujuan Pengiraan Faedah Persaraan
  • Borang JPA.BP.UMUM.B01 – Sijil Akuan Berhutang / Tidak Berhutang
  • Borang JPA.BP.UMUM.B02- Pengiraan Cuti Rehat Yang Boleh Dikumpulkan Di Bawah Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pencen 1980 (bagi pegawai perkhidmatan awam sahaja)
  • Borang JPA.BP.UMUM.B04 – Laporan Pengesahan Pakar Perubatan Mengenai anak Cacat Otak / Cacat Anggota (jika berkenaan
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan dan Kenyataan Cuti
  • Salinan Kad Pengenalan Bakal Pesara dan Tanggungan
  • Salinan Sijil Nikah; sekiranya tiada, Surat Akuan Sumpah
  • Salinan Sijil Kelahiran anak-anak di bawah umur 21 tahun dan tiada had umur bagi anak cacat
  • Salinan dokumen bank yang menunjukkan nama, nombor Kad Pengenalan dan nombor akaun bank
(Dilawati 4,453 kali, 4 lawatan hari ini)