+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Perisytiharan Harta

Seseorang pegawai hendaklah, apabila dilantik ke perkhidmatan sesuatu badan berkanun atau pada bila-bila masa selepas itu sebagaimana yang dikehendaki  oleh Lembaga, mengisytiharkan secara bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib yang berkenaan, melalui Ketua Jabatannya, segala harta yang dipunyai olehnya atau oleh isteri atau suaminya atau anaknya atau yang dipegang oleh mana-mana orang bagi pihaknya atau bagi pihak isteri atau suaminya atau anaknya.

Harta sama ada di dalam atau di luar Malaysia yang telah ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam menerusi Warta Kerajaan Malaysia P.U.(B) 104/2010 bertarikh 11 Mac 2010 iaitu Penetapan Harta Di Bawah Sub Peraturan 10(8), Peraturan-Peraturan Awam (Kelakuan dan Tatatertib)1993. Harta adalah bermaksud seperti berikut:

       (a) Harta Tak Alih
       (b) Harta Alih

Peraturan-Peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun, Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) menetapkan, bagi maksud Peraturan 9, ‘harta’ ertinya ertinya apa-apa harta, sama ada harta alih semasa ke semasa oleh Lembaga supaya mengisytiharkannya, iaitu harta yang telah diperoleh oleh pegawai itu melalui pembelian, pemberian, pewarisan atau cara lain, dan termasuk harta yang diperoleh atau dipegang oleh isteri atau suami atau anak pegawai itu.

Harta Tak Alih

(a) tanah, termasuk tanah yang diduduki di bawah lesen pendudukan sementara;
(b) segala jenis tempat kediaman seperti rumah, rumah pangsa, pangsapuri atau kondominium;
(c) bangunan, termasuk rumah kedai atau ruang kedai, ruang pejabat atau warung; dan

Harta Alih

(a) apa-apa bentuk wang tunai di mana jua dideposit atau disimpan;
(b) syer, saham, debentur, bon atau sekuriti lain;
(c) apa-apa bentuk lesen atau permit perdagangan, perniagaan atau komersial;
(d) apa-apa jenis kenderaan bermotor;
(e) apa-apa harta alih yang lain, termasuklah barang kemas, keahlian kelab, perabot rumah dan alat sukan yang harga belian tiap-tiap satunya melebihi 6 bulan emolumen atau RM10,000.00, mengikut mana yang lebih rendah.

(Dilawati 3,471 kali, 5 lawatan hari ini)