+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Gaji Pokok merupakan satu jumlah wang (upah) yang ditetapkan bagi anggota sektor awam yang berasaskan konsep gaji yang berpatutan untuk menyara keperluan asas iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal.

Imbuhan Tetap adalah bayaran yang setiap bulan diberi kepada anggota yang layak seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama.

Komponen Berubah terdiri daripada pelbagai elaun yang tidak kekal yang diberikan berasaskan kriteria yang ditentukan. Antaranya COLA, Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal, Elaun Penanggungan.

ROC atau Penyata Perubahan Perkhidmatan ialah perubahan butir perkhidmatan dan pendapatan pegawai sepanjang tempoh perkhidmatan.

KWAP adalah maklumat berkaitan caruman persaraan pegawai selepas diluluskan Pemberian Taraf Berpencen bagi pegawai yang memilih skim pencen.

Soalan Lazim  berkaitan isu emolumen.

(Dilawati 5,479 kali, 1 lawatan hari ini)