+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Penanggungan Kerja

Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

 

 

 

 

 

Tempoh Penanggungan Kerja

Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

Siapakah Yang Layak Menanggung Kerja

Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah:-

  1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
  3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

 

 PENANGGUNGAN KERJA

  1. Dalam situasi bagaimanakah urusan penanggungan kerja dapat dilaksanakan?

Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

 

  1. Berapa lamakah tempoh penanggungan kerja?

Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

 

  1. Siapakah yang layak menanggung kerja?

Pegawai yang layak diperakukan untuk menanggung kerja ialah:-

  1. Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. Sekiranya tiada pegawai yang telah disahkandalam perkhidmatan, pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya setahun boleh diperakukan; dan
  3. Keutamaan untuk penanggungan kerja hendaklah diberi kepada pegawai yang paling layak dari segi pengalaman, kelayakan, kemahiran, kepakaran dan berprestasi baik.

 

  1. Berapakah Kadar Elaun Penanggungan kerja bagi jawatan terbuka?

Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka.

 

  1. Bolehkah seseorang pegawai menanggung kerja dua (2) jawatan pada masa yang sama?

Tidak boleh. Ini disebabkan pegawai hanya layak dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja sahaja pada satu masa.

 

  1. Bolehkah seorang Pembantu Makmal Gred C19 menanggung kerja jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C29?

Pembantu Makmal Gred C19 tersebut perlu mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains Gred C29 untuk membolehkan beliau menanggung tugas berkenaan.

(Dilawati 433 kali, 1 lawatan hari ini)