+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP)

e-Buletin Jabatan Caruman : Pengurusan Caruman KWAP
e-Buletin ini disediakan oleh Jabatan Caruman, Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) berkenaan Pengurusan Caruman KWAP untuk makluman dan rujukan bersama.

Topik 1 – Peruntukan Undang-Undang Berkaitan Caruman KWAP dan Pendaftaran Majikan & Ahli
Topik 2 – Pembayaran Caruman & Majikan Gagal Mencarum
Topik 3 – Pengurusan Data Caruman
Topik 4 – Pengurusan Denda
Topik 5 – Tuntutan Bayaran Balik Majikan
                                                           Topik 6 – Lawatan Pematuhan & Penguatkuasaan
                                                           Edisi Khas – Soal Jawab Berkaitan Pengurusan Caruman
                                                           Edisi Khas – Caruman Pegawai Cuti Tanpa Gaji (CTG) dan Cuti Separuh Gaji (CSG)

 

 

1) Majikan hendaklah mendaftarkan setiap pekerja berpencen sebagai ahli KWAP sebaik sahaja:
i. pekerja tersebut menerima Pemberian Taraf Berpencen (PTB); atau
ii. pekerja berpencen mula berkhidmat dengan majikan.

2) Kenaan Denda atas Kelewatan Mencarum:
Di bawah Seksyen 8(4) Akta 239, sekiranya caruman bulanan tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan, majikan boleh dikenakan denda pada kadar setengah peratus (0.5%) dari jumlah caruman bagi tiap-tiap satu bulan atau sebahagian daripada sebulan selepas tamatnya tempoh selama mana amaun itu masih tidak berbayar

Permohonan online

  1. Sebaik sahaja menerima Surat Pemberian Taraf Berpencen dari pihak JPA, PSM PTJ perlu menghantar salinan surat tersebut melalui emel ke kwaputm@utm.my  bagi tujuan pendaftaran sebagai Ahli KWAP
  2. Surat Pendaftaran KWAP boleh diperoleh dalam masa 14 hari dari tarikh permohonan dalam KWAP Tracker
  3. Setelah PSM PTJ memuat turun Surat Pendaftaran KWAP di KWAP Tracker, PSM PTJ perlu memaklumkan kepada Jabatan Bendahari  bagi mengemaskini no. ahli pencen di Sistem UTMHR.

 

 

 

(Dilawati 993 kali, 1 lawatan hari ini)