+(6)07-5533333 jabatanpendaftar@utm.my

DASAR PEMISAH

DASAR PEMISAH
Dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai yang berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam

PRESTASI RENDAH

  • Nilaian prestasi tahunan kurang daripada 60%
  • KPI di bawah sasaran (below target)

ASAS PENETAPAN MARKAH LNPT <60%

  • Pencapaian prestasi dalam kategori ‘kurang memuaskan’ dan ‘lemah’
  • Penghasilan kerja yang tidak mencapai standard yang ditetapkan
  • Mempunyai kurang pengetahuan/kemahiran untuk melaksanakan tugas
  • Memiliki kualiti peribadi dan disiplin di bawah tahap yang diharapkan

RASIONAL PELAKSANAAN DASAR PEMISAH

  • mengekalkan pegawai yang komited dan berprestasi tinggi
  • meningkatkan daya saing dalam menghadapi cabaran persekitaran masa kini dan akan datang
  • mewujudkan Perkhidmatan Awam yang berprestasi tinggi dan berintegriti

Terdapat 3 fasa yang terlibat dalam prosedur dasar pemisah. Antara fasa yang terlibat ialah fasa pengenalpastian pegawai, tempoh permerhatian dan fasa perakuan penamatan. Pada fasa pengenalpastian pegawai,siasatan akan dilakukan dengan mengarahkan urus setia/lantik mana-mana pegawai bukan anggota PPSM yang terlibat dalam penilaian prestasi pegawai. Sekiranya PPSM sudah mengesahkan bahawa pegawai tersebut memiliki markah LNPT kurang daripada 60%, PPSM hendaklah mengarahkan pegawai berkenaan menjalani tempoh pemerhatian selama satu (1) tahun. Tempoh pemerhatian ini meliputi fasa pemulihan dan pemantauan pelaksanaan tugas pegawai. Panel Penilaian Prestasi Khas (PPPK) akan dilantik untuk memantau prestasi kerja pegawai dalam tempoh pemerhatian satu tahun tersebut. Selama tempoh pemerhatian, pegawai tersebut perlulah menjalani program intervensi dan pembangunan yang dikendalikan oleh Pegawai Psikologi selama tidak lebih dari 2 minggu. Seterusnya, pada fasa ke 3 iaitu perakuan penamatan dimana pihak PPDP perlu memutuskan sama ada  perkhidmatan pegawai wajar ditamatkan atau tidak. Sekiranya PPDP memutuskan untuk menamatkan perkhidmatan pegawai itu wajar ditamatkan, JPA akan mengemukakan cadangan penamatan perkhidmatan pegawai itu kepada Jabatan Peguam Negara (JPN) untuk ulasan dan semakan perundangan. Jika disahkan pegawai wajar diberhentikan, JPA akan menyampaikan keputusan tersebut pada pegawai melalui Ketua Jabatan dan Perkhidmatan dan melaksanakan urusan faedah persaraan pegawai. Pegawai akan ditamatkan perkhidmatan pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan okeh kerajaan dan keputusan adalah muktamad.

(Dilawati 909 kali, 1 lawatan hari ini)