+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Hospital Swasta

KEMUDAHAN PERUBATAN STAF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAYAKAN
1.1 Staf;
1.2 Suami/Isteri;
1.3 Anak;
1.4 Ibu bapa;
1.5 Balu ; dan
1.6 Pesara
RAWATAN YANG DITANGGUNG
2.1 Bagi Kes bukan kecemasan, perbelanjaan yang boleh dipertimbangkan tertakluk :
2.1.1 Keperluan rawatan kepakaran diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan.
2.1.2  Pakar Perubatan Kerajaan mengesahkan rawatan yang diperlukan tidak dapat dibekalkan/ disediakan oleh Hospital Kerajaan.
2.2  Rawatan yang diperlukan serta merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Swasta yang merawatnya, dimana ;
2.2.1 Hospital/ klinik swasta berada paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan, atau;
2.2.2 Tiada hospital/ klinik Kerajaan berhampiran dengan tempat kejadian kecemasan tersebut, dan
2.2.3 Kos yang ditanggung oleh Universiti adalah :
a. Kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke Hospital Kerajaan
b. Bayaran wad yang dicaj bersekali dengan makanan mengikut Kelayakan Wad Di Hospital Swasta : dan
c. Bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya makanan dicaj berasingan daripada wad.
2.2.4 Rawatan susulan hendaklah dibuat di Hospital Kerajaan.
2.3 Rawatan pakar yang disahkan perlu dan pakar Perubatan Kerajaan  memperakukan rawatan berkenaan tidak diperolehi di Hospital Kerajaan tertakluk kepada kelulusan Universiti.
2.3.1 Kos yang ditanggung oleh Universiti adalah:-
i) kos rawatan di hospital swasta;
ii) bayaran wad yang dicaj bersekali dengan makanan mengikut Kelayakan Wad Di Hospital Swasta;
iii) bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya makanan dicaj berasingan daripada wad
¬†2.4 

Rawatan susulan di Hospital Swasta boleh dipertimbangkan dengan syarat disahkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan bahawa rawatan berkenaan tidak diperolehi di Hospital Kerajaan.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
3.1 Bagi semua kes kecemasan, bukan kecemasan atau rawatan kepakaran di hospital swasta, kos berikut tidak ditanggung oleh Universiti :
a) 20% daripada caj wad megikut kelayakan di Hospital Swasta
b) bayaran wad yang melebihi kelayakan;
c) 20% daripada caj makanan sekiranya makanan dicaj berasingan daripada wad; dan
d) bayaran lain seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa seperti telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya.
3.2 Mana-mana rawatan kecemasan, bukan kecemasan atau rawatan kepakaran yang tidak memenuhi syarat di atas.
JADUAL RUJUKAN
4.1 Jadual E Kelayakan Wad di Hospital Swasta
Nota: Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009