+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Rawatan Di Luar Negara

KEMUDAHAN RAWATAN LUAR NEGARA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 KELAYAKAN
1.1 Staf Warganegara Malaysia;
1.2 Suami/Isteri;
1.3 Anak;
1.4 Balu; dan
1.5 Pesara
2.0 RAWATAN YANG DITANGGUNG
2.1 Universiti boleh menimbangkan kemudahan rawatan pakar di luar negara kepada staf, tanggungan dan pesara sekiranya difikirkan perlu, tertakluk kepada kelulusan Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Pengarah Universiti.
2.2 Syarat-syarat untuk mendapatkan kemudahan rawatan diluar negara adalah seperti berikut ;
a. rawatan bagi penyakit tersebut tidak boleh diperolehi dari mana-mana Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta di Malaysia.
b. Adanya laporan daripada Lembaga Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengkaji jenis penyakit tersebut dan mengesahkan rawatan tersebut diperlukan.
2.3 Perbelanjaan rawatan luar negara untuk pesakit dan jika diperlukan perbelanjaan seorang pengiring dan diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia akan ditanggung oleh Universiti. Perbelanjaan adalah seperti berikut:-
2.3.1 Kos yang ditanggung oleh Universiti adalah:-
a. kos rawatan di hospital;
b. kos sara hidup (makan, pengangkutan dan sewa hotel/lojing) tidak melebihi lima (5) hari setelah sampai di negara berkenaan dan tidak melebihi lima (5) hari sebelum kembali ke Malaysia bagi pesakit dan pengiring jika diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian; dan
c. tambang kapal terbang kelas ekonomi pergi dan balik bagi pesakit dan pengiring jika diperakukan oleh Lembaga Perubatan Kementerian.
3.0 RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
3.1 Kos yang ditanggung oleh staf/pesara adalah:
a. Bayaran wad bersamaan dengan kadar yang dikenakan kepada staf/pesara jika dimasukkan ke Hospital kerajaan; dan
b. bayaran lain seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa seperti telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya.
3.2 Mana-mana rawatan di Hospital Luar Negara yang tidak memenuhi syarat di atas.
JADUAL RUJUKAN
Nota: Merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21 Tahun 2009