+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Pusat Kesihatan Universiti

KEMUDAHAN PERUBATAN STAF
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

KELAYAKAN
1.1 Staf;
1.2 Suami/Isteri;
1.3 Anak;
1.4 Pesara dan Pasangan; dan
1.5 Pekerja.
RAWATAN YANG DITANGGUNG
2.1 Rawatan pesakit luar dan kecemasan
2.1.1 Rawatan pesakit luar dan kecemasan hanya diberi di dalam kawasan kampus Universiti sahaja mengikut kadar bayaran yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual E.
2.1.2 Waktu perkhidmatan klinik pesakit luar adalah sepertimana di Jadual F
2.2 Pemeriksaan perubatan
2.2.1 Pemeriksaan perubatan staf termasuk imunisasi wajib, ujian darah, ujian air kencing dan X-ray dada boleh dibuat di  Pusat Kesihatan Universiti atas arahan Universiti bagi tujuan:
a) melanjutkan pelajaran ke luar negara atau dalam negeri yang diluluskan oleh Universiti;
b) menghadiri kursus/latihan yang diluluskan oleh Universiti;
c) penyambungan kontrak jawatan yang diluluskan oleh Universiti;
d) penawaran jawatan baru;
e) memperolehi dan/atau memperbaharui lesen PSV dan/atau GDL atas arahan Universiti.
2.3 Kemudahan Ambulans
2.3.1 Staf, tanggungan, pesara dan pekerja  boleh mendapatkan kemudahan ambulans dalam keadaan kecemasan semasa berada di dalam kawasan Universiti atau dalam lingkungan 25KM dari kawasan Universiti.
2.3.2 Pusat Kesihatan Universiti tidak bertanggungjawab menyediakan sebarang kenderaan kepada staf, tanggungan atau pekerja yang ingin ke hospital untuk rawatan ulangan dan rujukan bukan kecemasan.
2.4 Kemudahan Makmal dan X-Ray
2.4.1 Kemudahan ini dibuka pada waktu yang ditetapkan oleh pihak Pusat Kesihatan Universiti.
2.4.2 Universiti hanya menanggung pemeriksaan sekiranya dinasihatkan oleh Pegawai Perubatan Universiti.
2.5 Kemudahan Wad Pemerhatian
2.5.1 Rawatan di wad Pusat Kesihatan Universiti untuk pemerhatian sementara dalam waktu perkhidmatan Klinik Perubatan.
 2.5.2 Mereka yang memerlukan pemerhatian lanjut dari waktu itu akan dirujuk ke Hospital Kerajaan.
2.6 Pembedahan Kecil yang memerlukan bius setempat sahaja.
2.7 Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak.
2.7.1 Pemeriksaan dan rawatan semasa mengandung (ante-natal) dan selepas bersalin (post-natal):
a) pemeriksaan fizikal ulangan semasa mengandung;
b) ujian klinikal asas air kencing dan darah;
c) pemeriksaan ultra sound dua (2) kali sepanjang tempoh satu (1) kehamilan;
d) ubat termasuk vitamin dan mineral.
 2.8 Kesihatan bayi dan kanak-kanak:-
a) pemeriksaan berkala bayi dan kanak-kanak;
b) imunisasi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana di dalam Jadual D.
2.9 Perkhidmatan Perancangan Keluarga secara pil sahaja.
2.10 Perkhidmatan Imunisasi
2.10.1 imunisasi yang diisytiharkan wajib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semasa wabak;
2.10.2 suntikan vaksin tetanus (ATT) untuk rawatan luka; dan
2.10.3 imunisasi wajib untuk keluar negara atas urusan rasmi Universiti.
2.11 Rawatan Pergigian
Waktu Perkhidmatan pergigian bagi staf  di Pusat Kesihatan Universiti seperti Jadual G.
RAWATAN YANG TIDAK DI TANGGUNG
3.1 Alat bantuan kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat ketiak, kerusi roda, cermin mata dan alat bantuan pendengaran.
3.2 Rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat melainkan dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan Universiti berpendapat rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.
3.3 Pemeriksaan makmal atas kehendak staf sendiri tanpa cadangan atau nasihat dari Pegawai Perubatan Universiti.
3.4 Kemudahan ambulan bagi pesara.
JADUAL RUJUKAN
4.1 Jadual D Jadual Imunisasi Wajib Kanak-Kanak Bawah Dua (2) Tahun
4.2 Jadual E Kadar Bayaran Perkhidmatan Perubatan Pusat Kesihatan Universiti
4.3 Jadual F Jadual Klinik Pesakit Luar Perubatan Pusat Kesihatan Universiti UTM Johor Bahru
Jadual Klinik Pesakit Luar Perubatan Pusat Kesihatan Universiti UTM International Campus
Jadual Klinik Pesakit Luar Perubatan Kediaman Siswa Jaya (KSJ) UTM International Campus
4.4 Jadual G Kadar Bayaran Perkhidmatan Pergigian (Staf) Pusat Kesihatan Universiti
Jadual Klinik Pergigian (Staf) Pusat Kesihatan Universiti