+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Rawatan Pergigian

KELAYAKAN:

  1. Staf
  2. Suami/Isteri
  3. Anak

RAWATAN YANG DITANGGUNG:

2.1 Rawatan pergigian adalah merupakan rawatan yang dibuat di Klinik        Pergigian Kerajaan/Klinik  Pergigian Swasta/Pusat Kesihatan Universiti dan terhad kepada RM500.00 setahun bagi setiap staf dan ahli keluarganya yang berkelayakan meliputi :

  1. Pemeriksaan dan Diagnosa
  2. Ubat-Ubatan
  3. Rawatan Abses (Bengkak Gusi)
  4. Cabutan Gigi
  5. Tampalan Gigi
  6. Penskaleran (Cuci Gigi)
  7. Endodontik (Mematikan Saraf Gigi)
  8. Pembedahan Kecil Mulut (Minor Oral Surgery)
  9. X-ray

2.2 Staf dan tanggungan yang telah membuat pembayaran rawatan pergigian boleh membuat tuntutan balik ke Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar dengan menggunakan Borang Pengesahan Rawatan Pergigian Staf/Tanggungan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh menerima rawatan.

RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG:

  1. Gigi Palsu
  2. Crown
  3. Inlay/Onlay
  4. Implant
  5. Bridge
  6. Orthodontik
  7. Rawatan Kosmetik Gigi