+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Klinik Panel Universiti

1. KELAYAKAN
  1.1   Staf;
  1.2   Suami/Isteri; dan
  1.3   Anak
               
2. RAWATAN YANG DITANGGUNG
  2.1   Tanggungan perbelanjaan Universiti adalah terhad kepada kadar maksimum yang ditetapkan dalam Jadual Kadar Bayaran Maksimum Perkhidmatan Klinik Panel.
  2.2   Rawatan biasa pesakit luar dan kecemasan terhad kepada harga maksimum yang ditetapkan seperti di dalam Jadual A.
  2.3   Pemeriksaan perubatan.
      2.3.1   Pemeriksaan perubatan staf termasuk imunisasi wajib, ujian darah, ujian air kencing dan X-ray dada boleh dibuat di klinik panel atas arahan Universiti bagi tujuan:
          a.   melanjutkan pelajaran ke luar negara atau dalam negeri yang diluluskan oleh Universiti;
          b.   menghadiri kursus/latihan yang diluluskan oleh Universiti;
          c.   penyambungan kontrak jawatan yang diluluskan oleh Universiti;
          d.   penawaran jawatan baru.
  2.4   Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Kanak-Kanak.
      2.4.1   Pemeriksaan dan rawatan ante-natal dan post-natal:
          a.   pemeriksaan fizikal ulangan;
          b.   ujian klinikal asas air kencing dan darah;
          c.   pemeriksaan ultra sound dua (2) kali sepanjang tempoh satu (1) kehamilan terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam Jadual A.
          d.   ubat termasuk vitamin dan mineral.
               
      2.4.2   Kesihatan bayi dan kanak-kanak:
          a.   pemeriksaan berkala bayi dan kanak-kanak;
          b.   imunisasi yang diwajibkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sepertimana di dalam Jadual B.
               
  2.5   Perkhidmatan Perancang Keluarga.
       2.5.1   Universiti akan menanggung kos rawatan perancang keluarga secara pil atau suntikan sahaja.
               
   2.6   Ujian Darah dan Ujian Air Kencing.
       2.6.1   Universiti akan menanggung kos ujian berikut sahaja:
           a.   ujian asas air kencing; atau
           b.   ujian kandungan gula dalam darah; atau
           c.   ujian darah dan ujian air kencing yang perlu untuk pemeriksaan perubatan atas arahan Universiti dan/atau
           d.   ujian klinikal rutin darah dan air kencing  semasa rawatan ulangan ante-natal.
               
   2.7   Pemeriksaan Electronic Cardio Graphy (ECG), Ultrasound dan X-ray.
      Universiti akan menanggung kos pemeriksaan ECG, Ultrasound dan X-ray  bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan merawat pesakit dalam kes kecemasan dan kemalangan.
               
   2.8   Rawatan Penyakit Kronik.
       2.8.1   Doktor panel boleh memberikan rawatan penyakit kronik yang dikenalpasti untuk kali pertama sahaja. Preskripsi untuk satu penyakit untuk sekali rawatan adalah terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual A.
       2.8.2   Rawatan selanjutnya hendaklah dirujuk kepada Pusat Kesihatan Universiti atau Hospital Kerajaan.
       2.8.3   Bagi staf yang masih memilih untuk meneruskan rawatan di klinik panel, Universiti hanya akan menanggung kos rawatan seperti harga yang ditetapkan untuk tempoh sebulan terhad kepada bayaran maksimum yang ditetapkan sepertimana dalam Jadual A.
           
  2.9   Rawatan di klinik selain daripada Klinik Panel Universiti/klinik swasta lain apabila Universiti mengesahkan:
      2.9.1   Rawatan kecemasan yang mengancam nyawa atau;
      2.9.2   Staf yang menjalankan tugas rasmi (dengan surat arahan bertugas) di luar kawasan klinik panel pilihannya.
           
   2.10   Rawatan di klinik panel bukan pilihan apabila klinik panel pilihan tutup atau tidak dapat memberikan perkhidmatan, dan staf telah mendahulukan bayaran rawatan ;
     
  1. Tuntutan semula adalah terhad kepada kadar bayaran maksimum yang ditetapkan dalam Jadual A.
       
  2.11   Tuntutan bayaran balik kos perkhidmatan boleh dibuat menggunakan borang Permohonan Tuntutan Bayaran Rawatan Klinik Bukan Panel/Hospital Kerajaan.
       
3. RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
  3.1   Rawatan yang tidak ditanggung pembayarannya oleh Universiti adalah seperti berikut:
      3.1.1   rawatan/perundingan yang setaraf doktor pakar.
      3.1.2   rawatan bersalin.
      3.1.3   prosedur rawatan yang memerlukan bius selain dari bius setempat.
      3.1.4   rawatan perubatan dan pembedahan ritual atau kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat/estetik melainkan dalam keadaan di mana Pegawai Perubatan Universiti berpendapat rawatan itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kepada pesakit.
      3.1.5   Semua jenis imunisasi KECUALI vaksin tetanus (ATT) untuk rawatan luka dan imunisasi wajib bagi kanak-kanak dibawah dua (2) tahun.
      3.1.6   Rawatan imunisasi sama ada untuk tujuan pelalian biasa ataupun untuk keadaan wajib seperti keluar negeri dan imunisasi semasa wabak KECUALI atas arahan Universiti.
      3.1.7   Sebarang vitamin, mineral dan diet tambahan kecuali:
          i)   untuk rawatan sepanjang tempoh ante-natal; atau
          ii)   untuk tempoh tidak melebihi tujuh (7) hari  sebagai sebahagian dari rawatan penyakit.
      3.1.8   Rawatan Pap Smear
      3.1.9   Rawatan perancang keluarga selain dari pil dan suntikan.
           
4. KELAYAKAN KLINIK PANEL
  4.1   Satu keluarga staf hanya dibenarkan untuk memilih dua (2) klinik daripada klinik panel UTM bagi kemudahan rawatan mereka. Klinik panel yang dipilih akan dikemaskini dalam Sistem UTMHR.
  4.2   Proses pertukaran klinik panel pilihan staf boleh dibuat dengan mengisi Borang Pertukaran Klinik Panel:
      4.2.1   Klinik panel pilihan yang belum cukup enam (6) bulan boleh ditukar berdasarkan alasan tertentu sahaja. Pertukaran hanya boleh dibuat di Pejabat Pendaftar Universiti.
      4.2.2   Pertukaran klinik panel pilihan yang sudah melebihi enam (6) bulan kepada boleh dibuat di Pejabat Am (HCM) Fakulti/Jabatan/ PTJ masing-masing.
       
      SENARAI KLINIK PANEL – UTMJB & PAGOH
      SENARAI KLINIK PANEL – UTMKL