+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Institut Jantung Negara (IJN)

KEMUDAHAN RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA SDN BHD (IJNSB)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

1.0 KELAYAKAN
1.1 Staf Warganegara Malaysia;
1.2 Suami/Isteri;
1.3 Anak;
1.4 Ibu bapa;
1.5 Balu; dan
1.6 Pesara
2.0 RAWATAN YANG DITANGGUNG
Universiti menanggung semua kos perkhidmatan di IJNSB bagi keadaan berikut:
2.1 Dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum atau Pakar Kardiologi dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta ke IJNSB;
2.2 Dalam keadaan kecemasan, staf boleh terus ke IJNSB dan mendapat perakuan Pakar Perubatan Kardiologi IJNSB serta mematuhi Prosedur Perbelanjaan Bagi Rawatan Kecemasan dalam Pekeliling Perkhidmatan Semasa.
3.0 SURAT JAMINAN PERUBATAN
3.1 Surat Jaminan Perubatan akan dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar selepas mendapat surat rujukan dari Pakar Perubatan Umum atau Pakar Kardiologi dari Hospital/Klinik Kerajaan atau Hospital/Klinik Swasta ke IJNSB dan juga bagi rawatan susulan.
4.0 RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
4.1 Mana-mana Rawatan di IJNSB yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas.