+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Hospital Kerajaan/IPTA

1. KELAYAKAN
  1.1   Staf;
  1.2   Suami/Isteri;
  1.3   Anak;
  1.4   Ibu bapa;
  1.5   Balu;
  1.6   Pesara
           
2. RAWATAN YANG DITANGGUNG
  2.1   Semua perkhidmatan rawatan di Hospital Kerajaan.
  2.2   Pembelian ubat yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
  2.3   Pembelian, penggantian dan/atau pembaikpulihan alat ortopedik dan anggota palsu yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan tetapi tidak dapat dibekalkan oleh Hospital Kerajaan.
  2.4   Perbelanjaan bagi memasang Implant dalam tubuh bagi tujuan menyelamatkan nyawa dan/atau untuk keselesaan pesakit yang diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan.
  2.5   Rawatan bersalin.
  2.6   Perbelanjaan untuk pembekalan kerusi roda, alat bantuan pendengaran kecuali ibu bapa. Pembekalan alat rawatan jantung, alat bantu pernafasan, koklea implant, colostomy bag, urine bagdan intraocular lens kecuali ibu bapa.
  2.7   Perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan Computed Tomography Scan (CT Scan) dan Magnetic Resonance Imaging (MRI).
           
3. RAWATAN YANG TIDAK DITANGGUNG
  3.1   Pembekalan semua jenis/kategori alat untuk ibu bapa.
  3.2   Rawatan bagi tujuan pencegahan penyakit untuk ibu bapa.
  3.3   Rawatan membuat crowning, gigi palsu dan rawatan ontodontik bagi tujuan corrective measure yang merupakan rawatan kosmetik.
  3.4   Rawatan perubatan dan pembedahan dengan tujuan ritual dan kosmetik seperti berkhatan dan rawatan jerawat.
  3.5   Kos pembelian alat bantuan kecacatan, ketidakupayaan anggota dan alat gantian anggota seperti tongkat ketiak,  cermin mata, dan gigi palsu.
  3.6   Perbelanjaan untuk pembekalan alat pakai buang.
  3.7   Perbelanjaan bagi pembekalan makanan atau makanan tambahan (food supplement ) atau perubatan alternatif.
       
 4.   RAWATAN DI LUAR KAWASAN
   4.1   Staf dan tanggungan yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan memerlukan rawatan di luar kawasan melebihi tiga puluh tiga (33) km boleh menuntut elaun kelayakannya, seolah-olah staf dalam perjalanan kerana urusan rasmi di luar kawasan. Kos yang ditanggung adalah mengikut kelayakannya seperti berikut :
     
  1. Kos rawatan di Hospital Kerajaan
  2. Perbelanjaan bagi seorang pengiring dan diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan kecuali pesara
  3. Kos sara hidup untuk pesakit dan pengiring kecuali pesara
           
 5.   SURAT JAMINAN PERUBATAN (GL)
  5.1   Staf atau tanggungan yang ingin mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau rawatan pergigian di Klinik Pergigian Kerajaan; atau Lembaga Penduduk dan Perancang Keluarga Negara (LPPKN) atau mana-mana pusat yang diperakukan oleh Pegawai Perubatan dikehendaki mengemukakan surat jaminan perubatan.
           
6. SURAT PERAKUAN BERSALIN BAGI STAF WANITA
  6.1   Bagi pegawai wanita yang hendak bersalin sama ada di hospital kerajaan/swasta dikehendaki mengemukakan surat perakuan bersalin untuk mendapatkan pengesahan bersalin dari doktor hospital berkenaan. Surat berkenaan boleh didapati di jabatan/fakulti masing-masing.
           
7. SURAT PERMOHONAN CUTI BERSALIN
  7.1   Bagi staf wanita yang telah bersalin dikehendaki mengemukakan surat Permohonan Cuti bersalin kepada ketua jabatan/fakulti masing-masing. Surat berkenaan hendaklah disertakan bersama Surat Perakuan Bersalin yang telah disahkan pihak hospital bagi tujuan cuti bersalin antara enam puluh (60) hari hingga sembilan puluh (90) hari tertakluk kelulusan Ketua Jabatan.