+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Wang Bantuan Mengurus Jenazah

Universiti Teknologi Malaysia telah menyediakan kemudahan Wang Bantuan Mengurus Jenazah sebanyak RM3,000.00 kepada staf UTM sama ada yang dilantik secara tetap, kontrak atau sementara.

Sekiranya staf meninggal dunia, Wang Bantuan Mengurus Jenazah akan diserahkan kepada wakil PTJ/Fakulti/Jabatan untuk diserahkan kepada waris simati.

Penyerahan Wang Bantuan Mengurus Jenazah adalah dalam tempoh 24 jam selepas maklumat kematian staf diterima oleh BPO.