+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Pengurusan Derma Kebajikan

Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar bertindak sebagai urusetia bagi proses pengutipan dan agihan derma kebajikan Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Kutipan dan agihan derma kebajikan adalah untuk permohonan sama ada dari staf UTM atau pemohon dari luar seperti Masjid/Surau/Sekolah dan orang perseorangan. Kutipan derma adalah diterima daripada staf UTM.

Setiap permohonan derma yang diterima oleh BPO perlulah memenuhi syarat yang telah ditetapkan dan mendapat kelulusan pegawai di BPO sebelum diedarkan ke semua PTJ, Fakulti dan Jabatan di UTM.

Selepas tamat tarikh tutup yang ditetapkan, semua wang kutipan derma yang diterima oleh BPO perlu diserahkan kepada pemohon dengan menggunakan wang pos/wang tunai.