+6 07 553 0145 bpo@utm.my

Pelan Insurans Berkelompok

Pelan Insurans Berkelompok UTM disediakan bagi staf yang berminat untuk mencarum dan caruman dibuat melalui potongan gaji staf.

Pelan Insurans Berkelompok UTM terbahagi kepada 3 jenis iaitu:

1. Pelan Takaful Keluarga Berkelompok
2. Pelan Takaful Ma’asyi Berkelompok
3. Skim Insurans Berkumpulan Komprehensif

 

1. Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (PTKB)
Pelan ini menyediakan perlindungan kepada staf di Universiti Teknologi Malaysia di bawah satu Sijil Takaful Utama. Pelan ini memberikan faedah kepada staf atas balasan bayaran sumbangan Takaful mengikut jadual. Bagi staf yang mencarum, potongan gaji akan dibuat pada bulan Disember setiap tahun.
2. Pelan Takaful Ma’asyi Berkelompok (PTMB)
Pelan ini menyediakan perlindungan dalam bentuk manfaat kewangan dan menyediakan manfaat simpanan dan pelaburan jangka panjang kepada pencarum melalui bayaran sumbangan Takaful mengikut jadual. Bagi staf yang mencarum, potongan gaji akan dibuat pada bulan Mei setiap tahun.
3. Skim Insurans Berkumpulan Komprehensif (SIBK)
Satu Skim Insuran Berkumpulan Komprehensif yang diambil dari majikan/koperasi untuk tujuan kebaikan/kebajikan pekerja/ahli satu master pakej akan dikeluarkan kepada majikan/koperasi. Peserta akan dikenakan bayaran premium bulanan bergantung kepada nilai di insurankan. Dengan itu berdasarkan bayaran premium, peserta akan mendapat pampasan apabila berlaku kematian atau keilatan kekal atas pelbagai sebab, khairat kematian dan penyakit kritikal. Pampasan akan meningkat 2 kali ganda jika disebabkan kemalangan. Bagi staf yang mencarum, potongan gaji akan dibuat pada setiap bulan mengikut nilai caruman pilihan staf.
4. Orang Di Bawah Tanggungan
– Pasangan
Suami atau isteri Orang Yang Dilindungi dengan had umur sama seperti Orang Yang Dilindungi dan bukan kakitangan kepada Peserta.
– Anak
Anak Orang Yang Dilindungi yang belum berkahwin berumur lebih daripada empat belas (14) hari tetapi belum mencapai harijadi yang ke sembilan belas (19) dan bagi anak-anak yang masih belajar sepenuh masa, had umur adalah sehingga dua puluh lima (25) tahun.
Nota :
Sekiranya Orang Dibawah Tanggungan hilang upaya akibat penyakit atau kecederaan pada tarikh ia sepatutnya layak seperti dinyatakan di atas, kelayakan bagi Orang Di bawah Tanggungan akan ditanggguhkan kepada tarikh dia pulih sepenuhnya daripada hilang upaya tersebut.
5. Tuntutan Manfaat & Pampasan
– Notis secara bertulis mengenai kejadian yang menjadi asas kepada tuntutan di bawah Sijil ini mesti dikemukakan kepada Syarikat dalam tempoh 90 (sembilan puluh) hari dari tarikh kejadian berkenaan. Notis yang diberi oleh atau bagi pihak peserta kepada Syarikat dengan maklumat-maklumat yang secukupnya bagi mengenalpasti Orang Yang Dilindungi adalah dianggap sebagai notis kepada Syarikat.
– Manfaat dan pampasan yang boleh dibuat adalah seperti yang dinyatakan di dalam polisi insurans yang dipilih oleh staf.
– Borang tuntutan boleh didapati di Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar.