Pejabat Pendaftar telah mengadakan program Team Building pada 3 Mac 2016. Program ini melibatkan semua peringkat staf Pejabat Pendaftar dan beralngsung di Pusat Latihan, UTM.

Objektif diadakan Team Buliding ini adalah untuk meningkatkan semangat kerja berpasukan dikalangan staf Pejabat Pendaftar.

Program telah bermula pada jam 8.00 pagi dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pendaftar UTM, Tn. Hj. Wan Zawawi bin Wan Abd Rahman. Pelbagai aktiviti indoor dan outdoor telah dijalankan dan disertai oleh semua yang hadir. Hadiah menarik juga disediakan untuk para pemenang bagi setiap aktiviti menambahkan lagi kemeriahan program yang dijalankan ini.