DEFINISI : RAHSIA RASMI
“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai
‘Rahsia Besar ’,‘ Rahsia ’, ‘ Sulit ’ atau ‘Terhad ’, mengikut mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B
TAFSIRAN : RAHSIA BESAR
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia.
TAFSIRAN : RAHSIA
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara, menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan dan martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.
TAFSIRAN : SULIT
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi, jika didedahkan tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan tetapi memudaratkan kegiatan Kerajaan atau individu atau menyebabkan keadaan malu, kesusahan kepada pentadbiran atau akan memberikan keuntungan kepada kuasa asing.
TAFSIRAN : TERHAD
Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi perlindungan keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai Terhad.
PEGAWAI PENGELAS
- adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 bertarikh 20 Februari 1987.
- surat pelantikan diperakukan oleh Menteri di porfolio yang berkenaan;
- pelantikan pegawai awam adalah atas nama, jawatan yang disandang dan kementerian/jabatan yang beliau bertanggungjawab;
- prosedur pengelasan adalah mengikut yang termaktub di dalam ARAHAN KESELAMATAN