Selamat Datang Ke Laman Web Bahagian Pengurusan Organisasi

Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) mengharapkan agar laman web ini dapat membantu pengunjung/pelawat mendapatkan maklumat yang dikehendaki berdasarkan fungsi kami. Pengunjung adalah diharapkan dapat membantu kami menambahbaik lagi laman web kami dengan menghantar cadangan kepada kami melalui email kami pendaftar.bpo@utm.my.

Berita Terkini BPO

ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Warga Bahagian Pengurusan Organisasi(BPO), Pejabat Pendaftar, mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak, bulan yang penuh keistimewaan dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Di kesempatan ini juga marilah kita bersama-sama mencari ganjaran pahala serta keredhaan Allah S.W.T agar amalan yang dilakukan diberkati dan tidak menjadi amalan yang sia-sia.

selamat datang

Selamat Datang ke BPO

Bahagian Pengurusan Organisasi, Pejabat Pendaftar Johor Bahru akan menerima staf Pejabat Pendaftar UTMKL (PPKL) untuk program attachment pada 16 dan 17 Jun 2015. Seramai 3 orang staf PPKL yang akan menyertai program ini bagi menjalani latihan (on job training) untuk pengurusan perubatan, pengurusan dokumen dan pengurusan mel Universiti.

dokumen terperingkat

Kursus Dokumen Terperingkat

Kursus Dokumen Terperingkat akan diadakan khas untuk Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Pengelas Dokumen Universiti Malaysia. Kursus ini diadakan pada 14 Jun 2015 dengan tujuan memperkasakan lagi pengetahuan dalam menguruskan dokumen rasmi dan rahsia rasmi Universiti dengan lebih berkesan. Penceramah semasa kursus ini adalah Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Cawangan Johor/Melaka dan Pengarah Pejabat Ketua Pegawai […]

More News..

Aluan Ketua Bahagian BPO

Find Us On