Panduan Staf UTM

Tujuan
Buku Panduan Staf disediakan bertujuan untuk:
Membantu staf dalam memahami serta mengenali dengan lebih dekat tentang Sistem Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia khususnya mengenai peranan dan tanggungjawab setiap Bahagian/Jabatan yang memberikan kemudahan dan perkhidmatan kepada staf
Mempermudahkan staf sebagai pelanggan dalaman atau modal insan Universiti mendapat perkhidmatan terbaik daripada para pegawai di setiap Bahagian/Jabatan
Mempermudahkan staf sebagai pelanggan dalaman atau modal insan Universiti mendapat perkhidmatan terbaik daripada para pegawai di setiap Bahagian/Jabatan
Membolehkan staf Universiti mengenali pegawai dan staf yang bertanggungjawab dalam urusan perkhidmatan staf, latihan dan pembangunan staf, kemudahan dalam perkhidmatan, tatatertib dan surcaj, perkhidmatan kaunseling dan kerjaya staf
Memberi penghayatan kepada staf bagi memahami maklumat umum di setiap Bahagian/Jabatan secara lebih tepat, ringkas dan padat, selaras dengan misi Universiti iaitu menerajui pembangunan sumber manusia dan Teknologi yang kreatif sejajar dengan aspirasi negara.