Pada tahun 2016 ini, Pejabat Pendaftar sedang membuat persediaan untuk mendapatkan Persijilan ISO 9001:2015. Salah satu daripada dokumen yang perlu disediakan adalah dokumen pengurusan risiko untuk setiap proses kerja di Pejabat Pendaftar.

Bagi merialisasikan hasrat ini, Bengkel Pengurusan Risiko telah diadakan pada 6 hingga 7 Mac 2016 di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Ismail. Peserta yang terlibat dalam bengkel ini adalah semua pemilik proses kerja di Pejabat Pendaftar daripada kumpulan A dan B.