Definasi

DEFINISI : RAHSIA RASMI

“rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam Jadual dan apa-apa maklumat dan bahan     berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain   sebagaimana   yang   boleh dikelaskan sebagai

‘Rahsia Besar ’,‘ Rahsia ’, ‘ Sulit ’ atau ‘Terhad ’,   mengikut   mana yang berkenaan, oleh seorang   Menteri,   Menteri   Besar atau   Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah Seksyen 2B

 

TAFSIRAN : RAHSIA BESAR

Dokumen  rasmi, maklumat  rasmi dan   bahan  rasmi  yang   jika didedahkan  tanpa      kebenaran  akan    menyebabkan    kerosakan yang amat besar kepada  Malaysia.

TAFSIRAN : RAHSIA

Dokumen  rasmi,  maklumat   rasmi dan bahan rasmi yang jika didedahkan  tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara,  menyebabkan  kerosakan besar kepada   kepentingan    dan martabat   Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing.

TAFSIRAN : SULIT

Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan rasmi,  jika  didedahkan  tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan  keselamatan   tetapi memudaratkan kegiatan Kerajaan atau   individu atau menyebabkan   keadaan   malu, kesusahan kepada pentadbiran  atau  akan  memberikan keuntungan kepada kuasa asing.

TAFSIRAN : TERHAD

Dokumen  rasmi, maklumat  rasmi dan  bahan  rasmi  selain daripada yang diperingkatkan Rahsia Besar, Rahsia atau Sulit tetapi perlu juga diberi   perlindungan  keselamatan hendaklah diperingkatkan sebagai Terhad.

PEGAWAI PENGELAS

  • adalah merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 2 Tahun 1987 bertarikh 20 Februari 1987.
  • surat pelantikan diperakukan oleh Menteri di porfolio yang berkenaan;
  • pelantikan pegawai awam adalah atas nama, jawatan yang disandang dan kementerian/jabatan yang beliau bertanggungjawab;
  • prosedur pengelasan adalah mengikut yang termaktub di dalam ARAHAN KESELAMATAN