Seperti tahun sebelum ini, BPO telah diamanahkan sebagai urusetia Majlis Sanjungan Budi. Majlis gilang-gemilang ini akan diadakan pada 30 November 2015 di Dewan Sultan Iskandar, UTM.

BPO juga telah mencetak kad pesara untuk pesara tahun 2015 yang akan diserahkan semasa majlis nanti.

Pada kali ini, staf BPO turut menerima Anugerah Jasa Setia dan Jasa Bakti iaitu Encik Zainal bin Isnin dan Puan Zanariah Abd Kadir.

Sekalung TAHNIAH kepada mereka dan semoga penerimaan anugerah ini akan menjadi pembakar semangat kepada mereka untuk lebih maju kehadapan dalam menyokong kecemerlangan Universiti.

Terima kasih.