Kursus Dokumen Terperingkat akan diadakan khas untuk Ketua-Ketua Jabatan dan Pegawai Pengelas Dokumen Universiti Malaysia. Kursus ini diadakan pada 14 Jun 2015 dengan tujuan memperkasakan lagi pengetahuan dalam menguruskan dokumen rasmi dan rahsia rasmi Universiti dengan lebih berkesan. Penceramah semasa kursus ini adalah Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) Cawangan Johor/Melaka dan Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Cawangan Johor.