Pembelian & Penyewaan Pakaian Konvokesyen

Kami menawarkan perkhidmatan kepada semua graduan UTM, terutamanya kepada yang tidak berpeluang atau tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen, untuk menyewa atau membeli Pakaian Konvokesyen UTM bagi tujuan memorabilia.

Syarat dan Prosedur Penyewaan

  1. Pakaian Konvokesyen hanya boleh disewa di luar tempoh Majlis Konvokesyen – antara 1 bulan sebelum dan 2 bulan selepas Majlis Konvokesyen.
  2. Graduan hanya dibenarkan menyewa Pakaian Konvokesyen setelah 2 bulan Majlis Konvokesyen yang dijadualkan baginya berakhir.
  3. Tiada penyewaan dibenarkan sebelum Majlis Konvokesyen yang dijadualkan bagi graduan tersebut berlangsung.