UTM Logo
UTM Tagline
Langkah-Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kecemasan/Kebakaran

Langkah-Langkah Keselamatan Jika Berlaku Kecemasan/Kebakaran

Tindakan yang perlu diambil jika berlaku kecemasan atau kebakaran adalah seperti berikut:

  1. Keluar dari pejabat / bangunan dengan SEGERA apabila mendapat atau mendengar isyarat / loceng kecemasan. Tinggalkan semua barang-barang peribadi dsb. Yang penting fikirkan tentang KESELAMATAN DIRI terlebih dahulu.
  2. Keluar dengan tenang, jangan panik / berlari-lari / menjerit ketakutan. Sila patuhi arahan penyelamat yang bertugas 
  3. Sila turun mengikut LALUAN / TANGGA di sebelah tandas lelaki. Jangan gunakan lif semasa kecemasan berlaku.
  4. Berkumpul di DATARAN AGORA mengikut papan tanda jabatan/pejabat masing-masing.
  5. Dengar arahan keselamatan. Jangan mengambil tindakan bersendiri 

Diharapkan dengan kerjasama dan tindakan pantas saudara dalam menghadapi situasi cemas ini dapat menyelamatkan satu nyawa dalam organisasi ini.

Sekian, terima kasih.

b.p. ERT Team BCSI

Mohd Zainuddin Musoh