Faqs – Tiket Kapal Terbang

SOALAN LAZIM: BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
– Tiket Kapal Terbang

 

1. Soalan: Bagaimanakah cara untuk saya membuat penempahan tiket kapal terbang ?
Jawapan: Staf yang ingin membuat penempahan tiket kapal terbang perlu menghubungi pegawai bahagian penempahan tiket di Bahagian Pembangunan Modal Insan dengan menyertakan perkara-perkara berikut:a. Nama

b. Nombor telefon

c. Email

d. Tarikh penerbangan

e. Masa penerbangan

f. Destinasi

g. Kelas penerbangan

 

Tempahan melalui agensi akan dilakukan mengikut tentative yang diberikan. Pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan akan mendapatkan itinerary daripada agensi.

 

Pegawai akan menyemak semula dan memastikan semua maklumat adalah betul sebelum mengesahkan tiket penerbangan.

 

Staf yang membuat tempahan diminta mengemukakan perkara-perkara berikut:

 

a. Surat arahan kerja

b. Borang tempahan tiket kapal terbang

 

Setelah maklumat disahkan betul, pegawai akan meminta pihak agensi mengeluarkan tiket penerbangan.

 

Tiket penerbangan akan dihantar kepada pemohon melalui emel dan faks.

 

 

2. Soalan: Apakah implikasi jika saya membuat sendiri penempahan tiket tanpa melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan?
Jawapan: Pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan tidak akan bertanggungjawab ke atas semua tempahan yang dilakukan sendiri tanpa melalui Bahagian Pembangunan Modal Insan. Segala urusan pembayaran dan penempahan ditanggung sendiri oleh staf atau jabatan masing-masing.
3. Soalan: Apakah pilihan penerbangan selain MAS?
Jawapan: Air Asia dan Fire Fly
4. Soalan: Kelayakan dan kelas untuk seseorang menaiki kapal terbang?
Jawapan: Kelayakan diberikan untuk gred 27 dan ke atas- Ekonomi : Gred 27-51- Business : Gred 51 dan ke atas

 

5. Soalan: Apakah tindakan yang perlu saya lakukan jika saya ingin membatalkan tempahan tiket saat akhir?
Jawapan: – Perlu mengisi borang pembatalan penerbangan- Sertakan juga dengan surat akuan / surat sokongan pembatalan tiket kapal terbang
6. Soalan: Apakah syarat-syarat untuk staf menggunakan tiket kapal terbang untuk pulang ke wilayah asal?
Jawapan: – Perlu mengisi borang permohonan balik wilayah asal dengan disertakan kelulusan pegawai-Surat kelulusan daripada Bahagian Pengurusan Modal Insan-Salinan kad pengenalan dan surat beranak(jika tiada kad pengenalan)
(Dilawati 344 kali, 1 lawatan hari ini)