Faqs – Persaraan

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN MODAL INSAN (HCM)
– Persaraan

 

1. Soalan : Bagaimanakah pencen seseorang staf dikira? Sediakan contoh pengiraan pencen.
  Jawapan : Contoh pengiraan pencen Puan Miasara: Formula: 1/600 x Jumlah Bulan Perkhidmatan yang diambil kira x gaji akhirJumlah bulan perkhidmatan : 362 bulanGaji akhir : RM1572.01

Pengiraan : 1/600 x 362 bulan x RM1572.01 = RM948.44 sebulan

Tetapi terhad kepada 3/5 disebabkan perkhidmatan melebihi tempoh maksimum iaitu 30 tahun. Oleh itu, pengiraan adalah seperti berikut:

3/5 x RM1572.01 = RM943.20 sebulan

 

       
2. Soalan : Adakah persaraan pilihan layak mendapat GCR? Nyatakan sebab.
  Jawapan : Persaraan pilihan layak mendapat Gantian Cuti Rehat (GCR) sepertimana di dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 3 Tahun 1992, Perkara 4.3.1.2 :4.3.1.2 Ganjaran dan Award yang tunai yang diberi sebagai ganti cuti rehat yang terkumpul akan dibayar sebaik sahaja mereka mula bersara secara pilihan sendiri. 
       
3. Soalan : Apakah perbezaan antara Ex-Gratia dengan pencen tanggungan?
  Jawapan : Perbezaan antara Ex-Gratia dengan pencen tanggungan adalah seperti berikut:Ex-Gratia adalah bayaran pampasan bagi Pegawai Kerajaan yang ditimpa kemalangan atau kecederaan termasuk yang teraniaya anasir-anasir jahat semasa menjalankan tugas rasmi. Rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil 13 Tahun 1994 dan Pekeliling Perbendaharaan Bil 7 Tahun 2001.Pencen Tanggunganadalah sebagai tambahan kepada pencen terbitan dan ganjaran terbitan. Sebagaimana yang dinyatakan didalam Akta Pencen Badan-Badan Berkanun (Akta 239) Sekyen 20, Menteri boleh memberi kepada orang-orang tanggungan seseorang pekerja suatu pencen tanggungan yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan itu jika:(a) Pekerja itu mati dalam hal keadaan di bawah seksyen 19; dan

(b) Kematian itu berlaku dalam tempoh tujuh tahun dari tarikh ia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu.

(Dilawati 112 kali, 1 lawatan hari ini)