Faqs : Peperiksaan dan Pengijazahan

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)
– PEPERIKSAAN DAN PENGIJAZAHAN

 

1.

Soalan : Bagaimanakah cara untuk saya memohon transkrip
Jawapan : Permohonan transkrip boleh dibuat dalam 3 cara iaitu:

a) mengisi borang UTM.E/6-1 di Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, UTM Skudai, atau

b) menulis surat rasmi ke pejabat ini, atau

c) melalui emel iaitu pendaftar.bpa.staff@group.utm.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

2.

Soalan :

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk permohonan transkrip?

Jawapan :

Permohonan transkrip dikenakan bayaran sebanyak RM10.00 bagi pelajar Diploma dan RM15.00 bagi pelajar Sarjana Muda.

3. Soalan:

Berapa lamakah transkrip saya akan disimpan oleh pihak BPA?

Jawapan:

Transkrip hanya akan disimpan untuk tempoh 6 bulan dari tarikh ia dikeluarkan, selepas tempoh tersebut transkrip akan dilupuskan.

4. Soalan:

Bolehkah saya mewakilkan kawan untuk memohon transkrip?

Jawapan:

Boleh tetapi maklumat yang diperlukan hendaklah diisi dengan lengkap.

5. Soalan:

Adakah cara lain untuk membuat bayaran selain menggunakan wang pos?

Jawapan:

Selain menggunakan wang pos pemohon juga boleh membuat bayaran tunai di Pejabat Bendahari, UTM, bayaran secara on-line dan bayaran secara bank-in di CIMB bank. Nombor akaun 0118 000000 20 54

6. Soalan:

Bolehkah saya mewakilkan kawan untuk mengambil transkrip?

Jawapan:

Transkrip boleh diambil oleh wakil dengan mengemukakan surat kebenaran wakil daripada pemohon.

7. Soalan:

Saya masih belum menjelaskan yuran pengajian, bolehkah saya memohon transkrip?

Jawapan:

Tidak boleh. Transkrip tidak akan dikeluarkan kepada pelajar yang masih berhutang dengan Universiti.

8. Soalan: Bolehkah transkrip difakskan?
Jawapan: Tidak dibenarkan
9. Soalan: Berapa lama transkrip boleh disiapkan?
Jawapan:

Transkrip akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja bagi pelajar-pelajar yang rekodnya ada di dalam sistem Aims. Manakala pelajar-pelajar tahun 1999 dan ke bawah mengambil masa 2 minggu

10. Soalan:

Bolehkah kursus gagal tidak dipaparkan dalam transkrip?

Jawapan: Tidak boleh.
11. Soalan:

Maklumat Degree ++ tidak dipaparkan dalam transkrip saya, bolehkah saya memohon semula transkrip?

Jawapan:

Boleh. Salinan asal transkrip perlu dikembalikan. Semakan akan dibuat dengan pihak SPACE. Setelah pendaftaran Degree ++ pelajar dibuat oleh pihak SPACE pihak kami akan memproses semula transkrip tersebut dan menghubungi pelajar bagi menuntut transkrip tersebut.

12. Soalan:

Sijil kepujian Dekan saya telah hilang, bolehkah ianya dikeluarkan semula?

Jawapan: Sijil kepujian dekan hanya dikeluarkan sekali sahaja.
13. Soalan:

Bolehkah slip keputusan peperiksaan saya dicetak semula oleh pihak Bahagian Pengurusan Akademik?

Jawapan: Slip keputusan peperiksaan tidak boleh dicetak semula.
14. Soalan:

Sekiranya saya terlewat ke dewan peperiksaan/bilik peperiksaan bolehkah saya mengambil peperiksaan?

Jawapan:

Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dewan peperiksaan/bilik peperiksaan selepas 30 minit peperiksaan dimulakan dan tidak boleh menduduki peperiksaan tersebut kecuali dengan alasan yang munasabah dan mengikut budi bicara pengawas peperiksaan.

15. Soalan:

Adakah bayaran tambahan dikenakan sekiranya saya memohon untuk mendapatkan transkrip dan dihantar terus ke alamat luar negara?

Jawapan:

Bayaran RM 10 untuk Diploma dan RM 15 untuk Sarjana Muda adalah termasuk kos penghantaran ke mana-mana alamat dalam dan luar negara.

16. Soalan:

Saya masih tidak menyelesaikan yuran pengajian, adakah saya dibenarkan menduduki peperiksaan?

Jawapan:

Pelajar masih boleh menduduki peperiksaan tetapi keputusan peperiksaan akan ditahan sehingga pelajar menyelesaikan hutang tersebut.

17. Soalan:

Mengapakah dalam slip keputusan peperiksaan saya tidak dipaparkan “Dean’s List” di bahagian remark sedangkan saya layak menerimanya dengan syarat yang ditetapkan oleh Universiti?

Jawapan:

Pelajar perlu memaklumkan kepada fakulti untuk tujuan pembetulan.

18. Soalan:

Bolehkah saya meminta pihak Bahagian Pengurusan Akademik mengepos transkrip saya menggunakan DHL, Fedex Express dan lain-lain?

Jawapan:

Boleh, dengan syarat pelajar perlu menguruskan sendiri kos pengeposan dengan pihak berkenaan.

19. Soalan:

Keputusan peperiksaan pelajar boleh diperolehi melalui Aimsweb. Adakah keputusan itu boleh digunakan sebagai transkrip?

Jawapan:

Keputusan yang diperolehi melalui Aimsweb adalah bukan transkrip kerana tiada pengesahan daripada Bahagian Pengurusan Akademik. Keputusan peperiksaan tersebut adaLah sebagai pemakluman kepada pelajar.

(Dilawati 595 kali, 1 lawatan hari ini)