Faqs – Latihan Staf

SOALAN LAZIM: BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
– Latihan Staf

 

1 Soalan: Apakah kaedah untuk mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan dan menjadi seorang calon?
Jawapan: Terdapat 3 kaedah dalam mendapatkan maklumat berkaitan latihan yang akan dianjurkan. Antaranya adalah:i)    Semakan senarai latihan didalam Buku Program Latihan yang akan diedarkan oleh pihak Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar kepada setiap Ketua Jabatan & Pegawai Sumber Manusia (PSM) di setiap fakulti.ii)   Semakan jadual senarai latihan didalam laman sesawang Pejabat pendaftar.Melalui pengeluaran surat permohonan keperluan calon program yang dikeluarkan oleh Unit Latihan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar. 
2 Soalan: Adakah kehadiran dan penyertaan seseorang peserta itu direkodkan?
Jawapan: Ya, kehadiran dan penyertaan seseorang peserta di dalam sesuatu program latihan yang dianjurkan akan direkodkan di dalam Buku Perkhidmatan (Buku Hijau).
3 Soalan: Adakah seseorang staf yang telah menyertai sesuatu program atau latihan akan diberikan sijil penyertaan?
Jawapan: Ya, kehadiran dan penyertaan seseorang peserta di dalam sesuatu program latihan yang dianjurkan akan diberikan sijil penyertaan beliau di dalam program latihan tersebut.
(Dilawati 104 kali, 1 lawatan hari ini)