Faqs : Konvokesyen

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)
– KONVOKESYEN

 

1.

Soalan : Bilakah tarikh Majlis Konvokesyen UTM yang akan datang?
Jawapan :

Bagi mengetahui tarikh Majlis Konvokesyen, saudara dinasihatkan menghubungi Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar di talian 07-5531157 atau 07-5530363 untuk memperolah maklumat lebih lanjut.

2.

Soalan :

Saya merupakan lepasan diploma dari sebuah kolej yang menjalankan program kerjasama dengan UTM. Bilakah graduan program ini akan menerima diploma dan adakah kami akan menerimanya dalam Majlis Konvokesyen UTM?

Jawapan :

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen untuk graduan program kerjasama akan diadakan secara berasingan dari graduan program perdana. Majlis untuk graduan program kerjasama dijangka akan diadakan pada penghujung bulan November setiap tahun.

3. Soalan:

Bilakah surat-surat pemakluman kepada graduan akan mula dihantar?

Jawapan:

Surat jemputan kepada graduan akan mula dihantar / diposkan sebulan sebelum majlis berlangsung.

4. Soalan:

Berapakah tiket masuk yang akan diberikan kepada setiap graduan dan adakah graduan dibenarkan memohon untuk mendapat jumlah tiket lebih dari yang diterima?

Jawapan:

Hanya 2 keping kad masuk diberikan untuk ibu bapa atau tetamu masing-masing. Jumlah kad masuk yang diberikan adalah berdasarkan muatan dewan yang hanya mampu menampung jumlah yang ditetapkan oleh universiti pada setiap sesi. Jumlah kad yang diterima oleh seorang graduan boleh menyebabkan ibu bapa graduan lain gagal memasuki dewan ketika sesi penganugerahan

5. Soalan:

Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang-borang, pelekat kenderaan dan kad masuk untuk menyertai Majlis Konvokesyen?

Jawapan:

Borang-borang tersebut akan disertakan di dalam set jemputan menghadiri Majlis Konvokesyen yang akan diposkan kepada saudara. Seperti yang tertera di dalam laman web konvokesyen, surat-surat kepada graduan akan mula diposkan sebulan sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung.

6. Soalan:

Bagaimanakah saya dapat mengetahui giliran setiap fakulti untuk menerima ijazah pada hari majlis berlangsung?

Jawapan:

Sila rujuk laman web konvokesyen di www.utm.my/convocation untuk jadual penganugerahan lengkap. Maklumat ini akan dikemaskini sebulan sebelum Majlis Konvokesyen berlangsung. Ini bagi memastikan agar graduan memperoleh maklumat yang tepat dan sama seperti yang tercatat di dalam surat jemputan kepada graduan.

7. Soalan:

Bolehkah saya meminjam set pakaian konvokesyen di luar waktu konvokesyen untuk tujuan mengambil gambar kenangan kerana saya tidak dapat menghadiri Majlis Konvokesyen atas sebab yang tidak dapat dielakkan?

Jawapan:

Hanya alumni UTM sahaja yang dibenarkan untuk meminjam set pakaian konvokesyen diluar tempoh konvokesyen dengan meletakkan deposit dan bayaran pendobian. Deposit akan dikembalikan selepas graduan memulangkan set pakaian konvokesyen tersebut. Untuk maklumat lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Akademik, Pejabat Pendaftar. No tel. 07-5530466 / 5530363.

8. Soalan:

Saya tidak dapat hadir untuk mengambil pakaian konvokesyen dalam tempoh seperti di Jadual Pengambilan Pakaian konvokesyen. Bolehkah saya mengambil pakaian konvokesyen pada masa selain dari tempoh tersebut?

Jawapan:

Graduan boleh mewakilkan orang lain untuk mengambil pakaian konvokesyen mereka dengan mengisi borang yang disertakan bersama surat jemputan.

9. Soalan:

Berapakah jumlah bayaran yang saya perlu buat sekiranya saya tidak mengahdiri Majlis Konvokesyen?

Jawapan:

Graduan yang tidak menghadiri Majlis Konvokesyen tetap dikenakan bayaran yang sama dengan graduan yang hadir.

10. Soalan:

Saya memperolehi GPA melebihi 3.50 dan dijangka menerima medal Dekan. Bilakah majlis penyampaian medal tersebut akan diadakan dan adakah ia diadakan ketika Majlis Konvokesyen?

Jawapan:

Majlis Penyampaian Medal Dekan akan diadakan secara berasingan oleh fakulti masing-masing. Graduan diminta menghubungi fakulti masing-masing untuk sebarang pertanyaan berkaitan majlis ini.

11. Soalan:

Bilakah graduan boleh mengambil Diploma/Ijazah masing-masing?

Jawapan:

Graduan boleh mengambil Diploma/Ijazah masing-masing selepas sesi penganugerahan dan selepas memulangkan pakaian konvokesyen. Graduan juga seharusnya tidak berhutang dengan pihak universiti bagi membolehkan anda untuk mengambil Diploma/Ijazah.

(Dilawati 296 kali, 1 lawatan hari ini)