Faqs : Kemudahan Perubatan

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN & PENTADBIRAN ORGANISASI (BPPO)
– KEMUDAHAN PERUBATAN

 

1. Soalan : Adakah pesara UTM boleh mendapatkan kemudahan rawatan di klinik panel UTM?
  Jawapan : Pesara UTM layak mendapat kemudahan perubatan di Pusat Kesihatan UTM (tidak termasuk Klinik Panel UTM) dan ianya tertakluk kepada Skim Perubatan Staf Universiti.Rujuk Skim Perubatan Staf Universiti (Bahagian C (1.0), m.s10 dan Bahagian D (1.0), m.s21) dan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 21/2009.
       
2. Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Hospital Kerajaan, Hospital Swasta dan Pusat Kesihatan Universiti?
  Jawapan : Tafsiran:

i. ‘Hospital Kerajaan’ bermaksud semua hospital, Pusat Kesihatan dan Klinik Perubatan Kerajaan termasuk Hospital Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

ii ‘Hospital Swasta’ bermaksud sebarang hospital swasta yang menyediakan khidmat kepakaran dalam bidang perubatan tertentu dan memiliki wad-wad mengikut kelasnya.

iii. ‘Pusat Kesihatan Universiti’ bermaksud Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia.

       

3.

Soalan : Kategori staf manakah yang layak menerima kemudahan perubatan di bawah skim perubatan UTM?
  Jawapan : Iaitu semua staf yang dilantik secara tetap, kontrak, dan sementara. Pegawai yang dipinjamkan ke UTM atau tukar sementara.Staf yang cuti tanpa gaji atau mana-mana staf yang syarat perlantikannya ada diperuntukkan kelayakan untuk mendapatkan kemudahan perkhidmatan perubatan.
       

4.

Soalan : Siapakah yang layak ditanggung oleh staf yang di bawah kemudahan perubatan ini?
  Jawapan : Isteri atau isteri-isteri yang sah bagi staf lelaki dan suami yang sah bagi staf wanita. Anak-anak yang ditanggung sepenuhnya termasuk anak tiri atau anak angkat yang sah dari segi undang-undang dengan memenuhi syarat-syarat berikut:i. Berumur di bawah 18 tahun kecuali masih belajar sepenuh masa dan tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin. Anak yang sedang menuntut sepenuh masa di peringkat ijazah Pertama sahaja juga layak mendapatkan kemudahan rawatan walaupun telah melampaui umur 21 tahun dan belum berkahwin.ii. Anak istimewa disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had umur tidak akan dipakai sama ada penyakit yang dihadapi berlaku sebelum ataupun selepas dia berumur 21 tahun.Ibu bapa yang sah termasuk ibubapa kandung atau ibubapa tiri atau ibubapa angkat yang pertaliannya sah daripada segi undang-undang untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kerajaan atau Hospital IPTA sahaja (kemudahan klinik panel universiti adalah tidak layak).

Bagi staf di bawah Skim Saraan JKK, ibubapa tidak termasuk di bawah tanggungan dan tidak layak menerima kemudahan di bawah skim ini.

       

5.

Soalan : Ibu bapa staf adakah boleh mendapatkan rawatan seperti staf di klinik panel?
  Jawapan : Ibu bapa staf tidak layak mendapat kemudahan rawatan mengikut kelayakan staf dan tanggungan di klinik panel. Ibu bapa staf layak mendapat rawatan percuma di klinik/hospital kerajaan. Jika dimasukkan ke wad ibu bapa layak diberi kemudahan wad mengikut kelayakan staf tetapi caj wad masih perlu dibayar.
       

6.

Soalan : Bahagian manakah yang mengeluarkan Surat Jaminan Perubatan (Guarantee Letter) ?
  Jawapan : Surat Jaminan Perubatan dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi (BPPO), Pejabat Pendaftar, UTM Johor Bahru; Pejabat Am Pengurusan Sumber Manusia (PSM) fakulti / jabatan, dan Pejabat Pendaftar, UTM International Campus.
       

7.

Soalan : Adakah rawatan bersalin diberikan kepada staf wanita atau isteri staf?
  Jawapan : Ya. Namun, hanya melibatkan Hospital Kerajaan/IPTA dan Klinik Kerajaan sahaja. Staf perlu membayar kepada pihak hospital/klinik terlebih dahulu jika staf/isteri staf dirujuk oleh klinik Panel Universiti ke Hospital Kerajaan dan boleh membuat tuntutan semula kepada pihak universiti. Tuntutan mestilah dihantar ke Bahagian Pengurusan & Pentadbiran Organisasi (BPPO), UTM Johor Bahru atau Pejabat Pendaftar, UTM International Campus.
       

8.

Soalan : Adakah kemudahan rawatan pergigian disediakan?
  Jawapan : Ya. Staf dan tanggungan layak untuk mendapatkan rawatan pergigian di klinik atau hospital kerajaan, Pusat Kesihatan Universiti atau mana-mana klinik pergigian swasta tertakluk kepada RM500.00 setahun bagi satu keluarga.
       

9.

Soalan : Apakah rawatan yang tidak ditanggung di bawah kemudahan perubatan ini?
  Jawapan : Rawatan yang tidak ditanggung adalah:

i. Rawatan wad.

ii. Rawatan perubatan dan pembedahan dengan tujuan ritual dan kosmetik seperti berkhatan (bersunat), rawatan jerawat, dan lain-lain yang berkaitan.

iii. Alat-alat bantu kecacatan dan ketidakupayaan anggota seperti tongkat ketiak, kerusi roda, cermin mata, alat bantuan pendengaran dan lain-lain yang berkaitan.

iv. Alat-alat dan barang gentian anggota seperti gigi palsu dan lain-lain yang berkaitan.

(Dilawati 322 kali, 1 lawatan hari ini)