Faqs : Kemasukan dan Rekod Pelajar

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN AKADEMIK (BPA)
KEMASUKAN DAN REKOD PELAJAR

 

1.

Soalan : Apakah saluran kemasukan yang boleh dibuat oleh pemohon untuk kemasukan ke program pengajian di UTM ?
Jawapan : Permohonan kemasukan ke program pengajian UTM adalah terbuka kepada calon-calon seperti berikut ;Program Sarjana Muda

  1. Lepasan STPM/Setaraf
  2. Lepasan Matrikulasi KPM/Asasi UiTM/Asasi UM
  3. Lepasan Diploma/ Setaraf

 

Program Diploma

  1. Lepasan SPM/Setaraf.

2.

Soalan : Apakah syarat minima bagi kemasukan ke program sarjana muda atau diploma ?
Jawapan : Bagi kemasukan ke program sarjana muda atau diploma calon hendaklah memenuhi syarat am universiti dan juga syarat khas program yang telah ditetapkan oleh UTM.Maklumat lanjut mengenai syarat kemasukan ini boleh disemak melalui laman web UTM. http://www.utm.my/admissionutm/admission

3.

Soalan: Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke UTM?
Jawapan: Pemohon perlu mendapatkan Tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi permohonan kemasukan ke program Ijazah Pertama

4.

Soalan: Saya berminat untuk mengikuti program ijazah sarjana muda pendidikan di UTM. Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi?
Jawapan: Calon yang memohon program ijazah sarjana muda pendidikan perlu memenuhi syarat am dan syarat khas program serta lulus ujian MEDSI serta temuduga yang dikendalikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

5.

Soalan: Bilakah proses permohonan kemasukan boleh dibuat dan bagaimanakah caranya?
Jawapan: Permohonan kemasukan boleh dibuat seperti berikut ;Lepasan SPM/setaraf – Awal bulan Februari setiap tahunLepasan STPM/Setaraf – Awal bulan Februari setiap tahunLepasan Diploma /Setaraf – Awal bulan Januari setiap tahun

 

Permohonan boleh dibuat secara online melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) Kementerian Pengajian Tinggi. Laman web upu.mohe.gov.my. Rujuk iklan permohonan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi

6.

Soalan: Saya sedang mengikuti program DIPLOMA di IPTA dan berada di tahun akhir pengajian. Bolehkan saya membuat permohonan kemasukan untuk sesi akademik akan datang ?
Jawapan: Tidak. Hanya calon yang telah tamat pengajian Diploma sahaja (kecuali calon Diploma UTM) boleh membuat permohonan. Saudara juga perlu memenuhi syarat am dan syarat khas program yang dipohon.

7.

Soalan: Bagaimanakah cara permohonan bagi calon bukan warganegara untuk mengikuti program pengajian ijazah pertama di UTM ?
Jawapan: Permohonan boleh dibuat samada datang terus ke UTM dengan mendapatkan borang permohonan di kaunter Pejabat Pendaftar, Bahagian Pengurusan Akademik, UTM 81310. Skudai Johor atau beban turun (download) melalui laman web UTM.

8.

Soalan: Bagaimanakah saya boleh membuat semakan keputusan kemasukan ke UTM bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan program lepasan STPM/setaraf?
Jawapan: Semakan keputusan permohonan kemasukan ke UTM boleh dibuat melaui laman web berikut; http//www.jpt.utm.my. Rujuk maklumat tarikh semakan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi melalui akhbar-akhbar tempatan.

9.

Soalan: Adakah pemohon boleh membuat pertukaran IPTA setelah menerima tawaran kemasukan?
Jawapan: Tidak Boleh

10.

Soalan: Bagaimanakah saya boleh membuat rayuan kemasukan sekiranya gagal mendapat tempat dimana-mana IPTA?
Jawapan: Permohoan rayuan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-rayuan) yang dikendalikan oleh Kementerian pengajian Tinggi selepas keputusan rasmi dikeluarkan.

11.

Soalan: Adakah UTM menyediakan bantuan kewangan untuk pengajian?
Jawapan: Tidak. Semua calon pelajar adalah dinasihatkan membuat permohonan biasiswa atau bantuan kewangan dengan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, Badan Berkanun melaui iklan yang disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan. Contohnya saudara boleh merujuk kepada Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di alamat berikut;PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONALLot G2 Tingkat BawahWisma Chase perdana

Off Jalan Semantan

Damansara Heghits

50490 Kuala Lumpur

(Dilawati 412 kali, 1 lawatan hari ini)