Faqs: Kebajikan Staf UTM

SOALAN LAZIM: PENGURUSAN & PENTADBIRAN ORGANISASI (BPPO)
– KEBAJIKAN STAF UTM

1.

Soalan : Adakah UTM membenarkan kutipan derma dilakukan di dalam kampus?
Jawapan : Ya. Namun, perlu mendapatkan surat pengesahan daripada pihak berwajib sebagai mana berikut:i. Derma daripada organisasi luar.

  • Masjid atau surau: melalui Jabatan Agama Negeri atau Daerah.
  • Derma khas: melalui kementerian atau Jabatan Kerajaan.
  • Derma rumah anak yatim: melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat.

ii. Derma dalaman.

  • Staf: melalui ketua jabatan.
  • Pelajar: melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP).

 

2

Soalan : Adakah kemudahan insurans takaful keluarga berkelompok disediakan kepada staf?
Jawapan : Ya. Premium dibayar hanya sekali setahun (RM100) dalam tempoh setahun melalui potongan gaji pada awal tahun. Pencarum atau waris akan menerima pampasan sekiranya mengalami kemalangan atau kematian.

3

Soalan : Apakah kemudahan yang diberikan kepada keluarga staf sekiranya staf meninggal dunia?
Jawapan : Setiap staf yang meninggal dunia dalam perkhidmatan akan diberi wang bantuan mengurus jenazah berjumlah RM3,000.00. Wang ini akan disampaikan kepada waris dalam tempoh 24 Jam selepas pihak BPPO mendapat maklumat kematian. Bantuan ini adalah selaras dengan peruntukan yang ada dalam Pekeliling Perkhidmatan bil. 9/1991 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.
(Dilawati 100 kali, 1 lawatan hari ini)