Anugerah Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK)

KRITERIA ANUGERAH KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

>> [ Borang Pencalonan ] <<

PENGENALAN

  • Anugerah KIK Pejabat Pendaftar 2016 merupakan anugerah yang diberi kepada sekumpulan staf bagi menghargai dan mengikitiraf penglibatan Kumpulan tersebut dalam usaha untuk menambahbaik proses kerja dan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti dan berkesan sekaligus mengharumkan nama Pejabat Pendaftar di peringkat Universiti, negeri mahupun di peringkat kebangsaan.

KRITERIA PENILAIAN

  • Penilaian adalah berdasarkan pencapaian Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) bagi tahun 2015;
    • Penyertaan Peringkat Pejabat Pendaftar
    • Pencapaian Peringkat UTM.
    • Pencapaian Peringkat Negeri/Zon
    • Pencapaian Peringkat Institut Pengajian Tinggi
    • Pencapaian Peringkat Kebangsaan
    • Pencapaian Peringkat Antarabangsa

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Kumpulan
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00 & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Kumpulan)
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

PENCALONAN / PENYERTAAN

i    Penyertaan Kumpulan melalui Ketua Bahagian.
ii.    Penyertaan Kumpulan dalam Konvensyen/Pertandingan KIK pada tahun 2015.
iii.    Setiap Kumpulan diminta melampirkan salinan sijil penyertaan/pencapaian pada tahun 2015.
iv.    Tarikh tutup pencalonan adalah pada  11 Ogos 2016

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah KIK Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u.p  :  Tuan Haji Abd. Jalel bin Ahmad)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Tuan Haji Abd. Jalel bin Ahmad – samb. 30401
Encik Mohamad Redha bin Md Dali – samb. 30382

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2016