Anugerah Inovasi

7KRITERIA ANUGERAH INOVASI

>> [Borang Daftar Inovasi ] <<
>> [ Lampiran A: Borang Permohonan ] <<

SYARAT/KELAYAKAN

  • Staf Pejabat Pendaftar.
  • Markah LNPT sekurang-kurangnya 80% pada tahun yang dinilai kecuali Kategori Kumpulan.
  • Inovasi yang dilaksanakan pada tahun 2014 & 2015 yang belum pernah dipertandingkan dalam Anugerah Inovasi Pejabat Pendaftar sebelum ini.
  • Pengesahan Ketua Bahagian.

KRITERIA PENILAIAN DAN PEMARKAHAN

  • Garis Panduan Bagi Melaksanakan Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut:
    • Kreativiti
    • Efisien dan keberkesanan kos
    • Signifikan
    • Replicability
    • Potensi perlaksanaan; dan
    • Komitmen pengurusan atasan.
  • Individu/kumpulan yang berjaya menghasilkan inovasi berdasarkan kepada :
    • Faedah kepada jabatan & Universiti
    • Peningkatan produktiviti, imej organisasi & kepuasan pelanggan.
    • Keberkesanan kos.
  • Penilaian adalah berdasarkan inovasi yang dihasilkan iaitu sama ada dalam bidang kerja teknikal atau inovasi dalam bidang kerja pentadbiran dan memberi faedah jelas dari segi peningkatan kualiti dan produktiviti bahagian/unit;

KATEGORI ANUGERAH DAN HADIAH

  • Individu
    • Pemenang
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2)
      Wang Tunai RM50.00 & Sijil Penghargaan
  • Kumpulan
    • Pemenang
      Wang Tunai RM300.00 & Sijil Penghargaan
    • Penghargaan (2 Kumpulan)
      Wang Tunai RM100.00 & Sijil Penghargaan

PENCALONAN/PENYERTAAN

  • Individu/ kumpulan/ jabatan dan rakan sejawat boleh mencalonkan untuk menyertai Anugerah Inovasi Pejabat Pendaftar
  • Pencalonan dari staf melalui Ketua Bahagian atau pencalonan dari Ketua Bahagian.
  • Pihak mencalon hendaklah melengkapkan borang permohonan seperti link di atas
  • Pihak mencalon hendaklah menyediakan Slide Pembentangan yang mengandungi perkara-perkara berikut:
    • Penerangan mengenai inovasi yang diperkenalkan, objektif, tempoh pelaksanaan sama ada secara penuh atau percubaan dan lokasinya;
    • Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan;
    • Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan;
    • Faedah-faedah pelaksanaan inovasi bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan
    • Maklumat sokongan seperti gambar, CD dan sebagainya boleh disertakan.
  • Pencalonan hendaklah sampai kepada Urusetia selewat-lewatnya pada atau sebelum 11 Ogos 2016

Borang pencalonan hendaklah dihantar kepada urus setia anugerah sepertimana alamat di bawah :

Urus Setia Anugerah Inovasi Pejabat Pendaftar
Bahagian Pengurusan Organisasi
Pejabat Pendaftar
81310 UTM Johor Bahru, Johor
(u.p  :  Tuan Haji Abd. Jalel bin Ahmad)

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi Urus Setia Anugerah:

Tuan Haji Abd. Jalel bin Ahmad – samb. 30401
Encik Mohamad Redha bin Md Dali – samb. 30382

Majlis Anugerah Permata Gemilang 2016